Khamis, 14 Februari 2013

10 Blogger Terbaik Malaysia!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Vanilla Coklat.

Alhamdullilah, hari ni tiba-tiba Lyeen nak join satu contest oleh blogger ohcikgu.com. Peluan untuk Lyeen menang pun memang sangat tipis. Tapi, kot-kotlah ada keajaiban yang berlaku saat-saat akhir. Sehh! HAHA. Satu pilihan yang sangat sukar bila Lyeen dah highlightkan word "Blogger Terbaik Malaysia" tu. Untuk kita tafsirkan perkataan TERBAIK tu memang subjektif. Terbaik yang bagaimana? Bagi Lyeen seorang blogger yang boleh diklasifikasikan sebagai Blogger Terbaik Malaysia seorang yang peramah, aktif, tak sombong, mudah memberi bantuan kepada newbie khususnya, tak jatuhkan blogger lain, entry yang memberi manfaat, entry yang menyedarkan disamping entry yang boleh buat kita berfikir dua tiga kali dengan hasil penulisannya.


Nak jadi blogger bukan semata-mata nak kejar populariti. Bila u olls jalan ke KLCC, The Mines atau ke Times Square semua orang nak ambik gambar siap nak signnnn dengan u olls. Tak! Tapi, cukup untuk u olls ramah. Jangan pernah bersikap sombong jika berada diatas. Nak balas komen readers pun mak aiihhh susahnya.So, bagi Lyeen itu bukan blogger terbaik! So, hari ni Lyeen nak share sedikit tentang blogger pilihan Lyeen yang Lyeen rasa mereka adalah Blogger Terbaik Malaysia yang Lyeen pernah jumpa. Kualiti entry juga menarik! Tuan blog juga, alhamdullilah sangat ramah. Kami bukan setakat berkunjung dekat dalam dunia blogging. Dalam facebook dan twitter juga selalu sembang sambil makan cupcakes!

Senarai 10 Blogger Terbaik Malaysia


Blogger yang sangat baik hati. Salah seorang blogger yang kahwin pada usia yang muda. Lyeen suka cara penulisan beliau. Kreatif dan adakalanya entry beliau sangat menyentuh hati dan akan buat kita tersedar. Beliau rajin update blog dengan pelbagai ilmu baharu yang kadang-kadang Lyeen pun tak tahu. Seorang isteri muda. Seorang blogger muda. Seorang pelajar muda. Lyeen tak malu nak kata yang Lyeen kagum dengan beliau. Beliau memang blogger terbaik!


Blogger yang tak sombong nak berkongsi idea. Beliau seorang guru. Lyeen suka penulisannya yang santai. Entry beliau ringkas tapi padat. Tak perlu nak baca berjam-jam sebab entry beliau ringkas dan mudah difahami. Pageviews blogger ini juga selalu melambung-lambung. Rajin balas kunjungan blogger lain. Terbaik!


Blogger paling rajin blogwalking adalah beliau. Masuk jer mana-mana blog mesti ada nama beliau sebagai 'pengomen tegar'. Kak Leeza ni ex-senior Lyeen. Sekarang beliau dah jadi cikgu! Dah nama pun santai. Sudah tentu penulisannya juga santai dan Kak Leeza selalu share ilmu-ilmu berkaitan pendidikan dalam blog.  So, sesuai untuk blogger yang masih bergelar student macam Lyeen!


Blogger baharu. Tapi, Lyeen tahu beliau adalah seorang blogger yang bakal menempah nama dengan lebih luas suatu hari nanti. Beliau sangat rajin update blog, dalam ruang bloglist Lyeen , nama beliau selalu kat atas sebab beliau banyak idean nak menaip. Bahasa yang beliau gunakan juga sangat gramatis. Kreatif. Kadang-kadang Lyeen malu juga sebab susunan ayat blogger ini lebih gramatis dari Lyeen yang belajar bahasa. Apapum, blogger ini memang terbaik!


Blogger comel. Bergaya. Fashionista! Lyeen suka datang blog Mek Cah ni sebab beliau rajin share mengenai fashion-fashion terkini. Terutamanya untuk wanita-wanita muslimah diluar sana. Kalau Lyeen masuk blog beliau tak pernah tengok pun takdak readers. Readers mesti tak putus-putus. Good Luck Mek Cah! Blogger ini juga rajin bagi kata-kata motivasi. Rajin balas kunjungan dan sangat sweet!


Blogger popular kot! Lyeen suka baca entry beliau sebab asyik tergelak jer. Kalau baca entry beliau tak tergelak tak sah. Beliau suka menyanyi dan beliau sangat kacak. Ahaks! Blogger ni walaupun dalam golongan barisan blogger popular tapi beliau tak pernah sombong nak berkunjung ke bloggers yang masih baru macam Lyeen..:).


Blogger yang sangat rajin. Sangat sweet. Beliau adalah salah seoarang blogger yang selalu borak dengan Lyeen kat facebook. Ainaa sangat sweet. InsyaAllah, ada masa dah janji nak dating dengan Ainaa kat Mid Valley. See, betapa hubungan di alam maya kami bawa ke alam nyata. Beliau juga blogger yang sangat aktif blogwalking. Dalam entry Lyeen tak pernah tertinggal pun nama dia. Selalu jer datang. Beliau memang blogger terbaik!


8. Apit
Pemilik blog fizgraphic.com. Lyeen rasa semua pun kenal dengan blogger famous ni. Raja doodle. Lyeen suka tengok hasil kerja blogger ini. Kreatif dan comel. Apit juga seorang blogger yang tak sombong. Rajin beri bantuan buat newbie. Lyeen ingat lagi dulu Lyeen pernah minta bantuan dengan beliau. Ingatkan beliau taknak tolong, tapi alhamdullilah tak sangka blogger famous sudi tolong newbie! Sebab tu Lyeen senaraikan beliau sebagai Blogger Terbaik Malaysia!


Blogger paling loving okay! Satu-satunya blogger yang Lyeen dah bersua empat mata. Kak Innanie sangat ramah. Blogger yang sangat matured dalam penulisan. Bila Lyeen baca entry beliau..Fuhhh..Lyeen rasa Lyeen pun tak boleh nak taip entry sebaik beliau. Beliau seorang pelajar Universiti Malaya yang sedang menuntut ilmu undang-undang. Peguam okay! So, tak pelik kalau entry dia sangat menarik perhatian setiap pembaca blog beliau.


Blogger lebih muda dari Lyeen. Suka edit blog. Blogger ni sangat rajin. Blog Lyeen beliau yang edit. Peramah dan suka tolong orang. Tak pernah pun nak sombong-sombong. Entry dia rajin bagi tutorial yang mudah newbie nak ikut. Lyeen pernah berurusan dengan Nabila ni kat facebook. Walaupun Lyeen ni yang minta tolong kat dia. Tapi, dia tak pernah pun nak berkasar dengan Lyeen. Di hormat Lyeen sebagai individu yang lebih berusia dari dia. Berusia sedikit. HAHA. Blogger muda yang sangat sempoi. Terbaik!


Okay. Setakat itu sahaja. Bloggers yang Lyeen senaraikan kat atas terbukti keramahannya. Mereka adalah Blogger Terbaik Malaysia yang menjadi pilihan Lyeen! Sangat terbaik!

Nota Pink: Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.comNadot.myEffortlab Cik LailiHalim RDFLadfeAmirAmiRini,MyadynaMy AdamRanggi LifestyleMinda Emas NetworkCikTOMMiecyber’s Blog,Hamdan’s BlogKain Cotton Murahbooblogs.comCheese MazKakimedia.MY,ContengConteng.com dan Blog Hati Putera
Tolong Lyeen LIKE kat SINI dulu boleh? Jasamu dikenang. Bagi pengguna facebook, rajin-rajinlah LIKE entry ini. Pengguna g+1 jum sharekan entry ini. Yeahh..!
 Ok bai. Assalamualaikum.


38 000 Makan Cupcakes!:

NURUL FILZAH berkata...

Insyaallah nanti ada keajaiban.. Kalau dpt blogger terbaik, kita belanja satu cupcake. hehehe :)

najiahs berkata...

wah!!memang menarik:)

PeRdU cINta berkata...

insyaAllah nak blogwalking kat blogger2 yang disenaraikan..panjangkan ukhwah luaskan pemikiran..

PeRdU cINta berkata...

insyaAllah nak blogwalking kat blogger2 yang disenaraikan..panjangkan ukhwah luaskan pemikiran..

✿ Hasnie Adda ✿ berkata...

senarai 10 blogger yang tepat :)

Tanpa Nama berkata...

ok...entri ni memang seswai dipost kan skrg... sbb mood tgah nk BW ni...huhuhu

admin berkata...

Setuju sangat.

Unknown berkata...

wah hehe hebat,, blog lyeen pun terbaik jugak macam 10 blogger ni..^^

sedap cupcek ni.. tq sebab share cupcek ni dekat blog AA yg biru tu ^^
nak cupcek lagi boleh? hehe ^^

Paly berkata...

diorang antara blogger hebat :)

Nick Nashram berkata...

yay, nama saya pun ada kat situ :)
mekasih.lyeen pun blogger terbaik jugak.
semoga menang contest ni..hehe

Ain Nadia berkata...

Nama nabila ada kat situ? terasa kerdil je diri. Blog cik lyeen pun antara yang terbaik! Goodluck sis :)

Unknown berkata...

terima kasih awak.. terharu betul saya rasa ni.. hurm.. terima kasih tau. sorry saya dah lama tak dapat nak bw sebab terlalu sibuk lately ni.. :)

good luck tau awak :)

aisyah humaira' berkata...

terharunyaaa. knp niera ada dalam senarai? heee. kita biasa2 je. lyeen lagi hebat. super duper peramah :)
btw, gud luck utk lyeen.

#lyeen memang layak menang dan dia lah yg terbaik sebenarnya :)

fatin aziz berkata...

blog diorang mmg best..selalu lepak kat situ :)

Unknown berkata...

adeh terharu nya lyeen.. biar betul ni.. ke wan mimpi ni.. thanks lyeen.. wan rasa di hargai sangat.. :D

INNANIE ARIFFIN berkata...

terima kasih banyak2 lyeen sbb sudi pilih BCE sebagai salah satu blog terbaik. terima kasih banyak. sangat menghargainya!

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

rasanya blog eden tu yg comel mcm eden tu ad harapan x nk masok list ni.. heee

Farah Waheda Wahid berkata...

all the best dear... ^_^

✿INA AINAA✿ berkata...

Awwww terima kasih byk2 lyeen.. rasa malu lak bila lyeen ckp macam tu.. pdhal ena ni jrg je join segmen2 yg lyeen buat.. huuuuuu.... maafkan ena, nanti kita dating tau.. kalau boleh joinlah event genting ye

ecadwinkyasha berkata...

wah..mmg terbaik mereka semua ne :)

Nadia Johari berkata...

semuanyer terbaik dan permh

Mrs Velentine berkata...

dorang semua mmg terbaek

Unknown berkata...

semua bloggers2 tu semua awesome trmasuk awk cik lyeen comel..hee..Btw good luck dear! ^_____^

Unknown berkata...

Cik Lyeen patut senaraikan diri sendiri sekali, baru lah the best ;)

Rin Saharina berkata...

sume blogs yg cik lyeen mention, sume bestt. blog cik lyeen pun besttt jugak =)

Lovely Lieyza berkata...

huhu...ena mmg best.,, :)

Izza Sakura berkata...

Memg trbaik;-)

hazanis berkata...

terharu. ada jugak nama blog mek cah. btw good luck awak. so sorry sbb sejak akhir2 ni jarang bw sebab internet prob n byk keje kena buat.:(

Setiasmile berkata...

mang terbaik dari ladang la mereka sume!!

Unknown berkata...

wah.......good luck..cm nick hashram, boni kacak, dan semua tu mmg peramah.. huhu :)

fifie berkata...

Semua pun fie setuju, diorang semua memang bagus bagus. Hehe. Lyeen pun sama.

Unknown berkata...

Dorang semua memang blogger yang bagus...Setuju 100%

Admin berkata...

moga berjaya
memang pilihan yang terbaik tu

Unknown berkata...

semoga berjaya !

cer singgah blog ini pulak .. kalau tak puas hati, wang anda tidak dikembalikan. hehe

http://al-lavendari.blogspot.com/

cik lisa berkata...

goodluck yer cik lyeen ,peace! hehe lisa pun join contest ni

Unknown berkata...

Wahhh.....banyak komen wehhh....tinggal 3/4 ari je lg nih....semoga terus berjaya!!!

10 Blogger Terbaik Malaysia

Wan Zawawi berkata...

good luck =)

nuargto berkata...


10 Blogger Terbaik Malaysia yang disenaraikan di atas semuanya hebat-hebat belaka...

Contest ini akan berakhir tak lama lagi... Semoga entri ini dapat terus kekal berada di page pertama Google... good Luck... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...