Khamis, 14 Februari 2013

Baca salah. Tak baca pun salah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam semanis cupcakes coklat.

Alhamdullilah, rajin Lyeen update entry hari ni. Insyaallah, minggu depan takdaklah seaktif hari ni. Nescaya, assignment akan mula diedarkan. Say yeahh! Apa yang menarik hati Lyeen untuk update entry hari ni disebabkan gambar kat bawah ni.


Sumber: facebook

Lyeen jumpa dekat wall facebook tadi. Tengok ramai sangat orang share gambar ni. Apa yang Lyeen tak berkenan bila ada sesetangah pengomen tu komen macam-macam siap guna ayat yang tak patut. Lyeen tak menolak kenyataan admin yang orang Melayu memang suka baca novel cinta-cinta ni. Tapi, bila dah part pengomen ni yang tak senang.

Siapa kata orang baca novel minda tak berkembang? Minda tak matang?
Siapa kata?

Takpa, kalau ada diantara u olls yang baca entry ni kata "Yes!Memang betul baca novel tu minda tak berkembang. Minda tak matang!". Lyeen hormati statement anda. Itu pendapat anda tentang novel-novel tempatan kita. So, kat sini juga Lyeen nak kongsikan kat u olls yang mungkin akan pandang serong dalam dunia novel ni.

"Lyeen seorang pembaca novel, walaupun bukanlah pembaca tegar tapi Lyeen punya hobi yang baik iaitu membaca. Sepanjang Lyeen membaca novel Lyeen tak rasa minda Lyeen tak berkembang. Sepengalaman Lyeen, kalau baca novel ni kita akan berfikir panjang. Sementalah dengan itu, Lyeen rasa boleh bertindak matang dengan baca novel ni sebab dalam novel penulis akan cipta pelbagai peristiwa yang mencantikkan plot sesebuah cerita. Kita membaca pelbagai genre. Jangan tunding jari pada manusia yang baca novel tu minda tak berkembang! Inilah masalahanya masyarakat kita, bila kita tak membaca. Bising sana-sini. Bila dah mula rajin membaca. Bising juga itu-ini. So, kita buat je apa yang kita rasa betul. Kalau kita nak ikut kata orang sampai ke mati rasanya takdak yang betul."

Baca novel ni buang masa?
Sepanjang Lyeen baca novel janganlah baca novel tu sampai lupa semua hal. Pastikan kerja dah siap barulah  baca novel. Sebab baca novel ni perlukan kita berfikir. Barulah minda kita berkembang dengan baik. Lyeen hargai kerjaya penulis-penulis novel ni. Bukan mudah nak menghasilkan satu jalan cerita yang menarik. Kita mudah sahaja nak mempertikai keja mereka tidak membuka minda dan mematangkan fikiran? Astagfirullahalazim..siapa kita nak mempertikaikan kerjaya orang?

Lyeen nak betulkan persepsi masyarakat bahawa baca novel ni bukanlah suatu kerja yang sia-sia. Yang tak mendatangkan manfaat. Yang tak mematangkan kita. Mungkin, ini pendapat mereka yang tak baca novel. Tapi, saya selaku pembaca novel sangat berkecil hati dengan sesetangah pihak yang buat statement seperti ini. Budaya membaca amalan kita. Tapi, kalau dah kita membaca tapi nak dipertikaikan. Kenapa? Lyeen sendiri bukanlah 24 hours tu baca novel. Ada masa kita buka buku lain. Lyeen juga pembaca Majalah Dewan Siwa. Lyeen baca Majalan Dewan Masyarakat. Lyeen baca artikel. Jangan sempitkan fikiran kita dengan satu ruang lingkup sahaja. Membaca hak individu. 

"Saya terasa hati bila mereka kata membaca novel tidak membuka fikiran dan mematangkan fikiran. Sedih. Adakah saya ni tidak matang dan tidak berfikiran terbuka?"

{ENTRY INI LUAHAN PENDAPAT SAYA SAHAJA. MOHON MAAF ATAS SEGALA KETELANJURAN PERKATAAN. MAAF JUGA SEANDAINYA ADA PIHAK YANG TERASA HATI DENGAN PENULISAN SAYA. SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI. HARAP DIPERBETULKAN..}

NOTA PINK: Dalam hidup kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Entry ni aku emos semacam jer. Terasa hati plus-plus kota pembaca novel bila baca satement ni. Uwaaa..T_T. ..buat semua pembaca novel, awasi tingkah laku anda, anda sedang diperhatikan. Jadilah diri sendiri. Kita membaca atas dasar hobi. Atas dasar mengisi masa lapang...:) Yang penting kita penuh dengan ilmu itu sudah cukup..:)

Ok bai. Assalamualaikum.

16 000 Makan Cupcakes!:

Paly berkata...

bace pun salah, huhu... slagi mndtgkan faedah, ape salah nye.. stiap novel ade faedah, blom bace, blom tau... bg yg tak minat bace, jgn bace :D

najihahfara berkata...

elok baca dari buat perkara lagha kan. sy pun suka baca novel :)

Broken_jar berkata...

i'm another novel freak..sangat setuju dgan your statement..kita membaca atas dasar minat dan others have totally no rights to command us what to do..but,they've the rights to spill their thought..yang jelas,ada yang takkan faham,so,let them be :)

Delete! berkata...

Yana pun stuju.. slama mana kita tak abai kan tugusan kita, perintah yang ESA bagi yana xsalah :) Tapi setiap org punya pendapat. yana senyum je bila tgk pasal benda ni...

kusyi berkata...

kann kann kannn.. hihi.. membaca tak salah pun sbnrnya, membaca mmbuatkan kita terus berfikir.. membaca lebih baik daripada duk saje2 buang masa. hihi.. like this entry. :)

Unknown berkata...

novel cinta okeyy jer kan, membina rasa cinta and yang paling bila membaca novel cinta membina kosa kata bahasa melayu yang baik. hehe

Unknown berkata...

setuju jugak.. ira pon minat gila baca novel2 nie..
memang betul pon.. sebab novel kita boleh fikir secara matang..
and jadikan pengajaran kan ?

sampaikan my sis buat statement..
daripada anak2 dara keluar malam melepak..lagi baik baca novel xD

Nadia Johari berkata...

bukan slh baca novel..kita baca tuk merehtkan minda..bagus ape..kaann..

Mrs Velentine berkata...

membaca ni nda kisah ilmiah a@ x..yg penting budaya membaca itu yg kita terapkan

Unknown berkata...

ish3 teremo jgk kan bila org ckp membaca novel tidak membuka fikiran n tak matang, tak setuju sangat2..for me as long as we read, xkisah laa buku apa2 pun at last tu kte akn dapat pengajaran dan something kan... :)

Tanpa Nama berkata...

Lissa suka membacaaa., >.< best apa membaca.,sambil2 dapat tambah ilmu, walau x banya sikit pun jadi lahh kan..? huhu Lagipun., drpada buat benda x patut, lagi bagus layan novel jea..

*maaf akak. ter-emo pulak Lissa., ehe >.<*

✿INA AINAA✿ berkata...

ena ni kan suka baca komik, lagilah org kata macam2.. sampai ena dah biasa dengan org ckp camtu kat ena even dorang btl2 nak hina ena.. huh! sekurang2nya kita ni tak buang masa dgn benda yang bukan2... pelik betul

Cikrosecute berkata...

Manusia memang tidak boleh tengok orang senang...ada sahaja ketidak kepuasannya untuk mengkritik..

MisEyz BLurz berkata...

biarlah apa orang nak kata, yg penting hati gembira membaca!^_^

Yasmin Aris berkata...

kita suka baca komik :'(

Liza Razak berkata...

baca novel pun bagus ape..ada banyak pengajaran yang kita boleh ambil iktibar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...