Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam semanis cupcakes vanilla cokolat..
Sekian lama Lyeen tak update blog, berkurun-kurun, berabad-abad plus berdekad-dekad. Okey. Cukup intro untuk entry kali ni.
Entry kali ni sambungan dari Entry yang penuh kejutan tu. Siap ada yang teka Lyeen nak kahwin la, bertunang la..Aisyehmen boy!
9 Oktober 2012. Barangsiapa yang belum wish dengan Lyeen, mohon wish cepat-cepat. Mohon juga doa yang last sekali adalah doa dicepatkan datang jodoh. HAHA.
Hadiah first Lyeen terima dari Abang Adi. Abang Lyeen yang duk Pahang tu. Dia sanggup ambil Lyeen kat KL ni semata-mata nak sambut awal-awal birthday Lyeen. Terharu sehhhh. Tapi, buat spoil sikit bila atas kek tu tulis "Sweet Lin 20"...Walhal, Lyeen nak "Sweet 20, Lyeen.." Ambik kau. Siap dengan koma lagi. HAHA. Tapi, takpa janji Lyeen dapat makan kek ni puas-puas sampai batuk tahap kritikal. Walaupun abang Lyeen bagi kek ni awal 2 hari dari birthday Lyeen. Tapi, sumpah Lyeen terharu plus-plus.
Bila balik KL pula, masuk-masuk kelas jer dapat hadiah banyak-banyak. Bahagianya, rasa macam nak hari-hari jer sambut birthday. Dapat cokolat dari Suri, dapat keropok dari Aida, dapat gula-gula dari Floe, dapat cupcakes dari Afiq, dapat fererro rocher dari Mash, dapat kad ucapan dari Kak Wong, dapat 229 notification dari kawan-kawan fb, kena belanja makan dengan Izzat kat kantin. Dan paling penting dapat makan KFC free. HAHA. Thanx untuk yang sudi mengorbankan wang untuk tuan hamba pada hari kejadian. HAHA.
Hadiah paling comel abad ini ialah bila dapat kek macam sarang labah-labah ni dari pensyarah PJ Lyeen sendiri. Untungnya. Rasa macam nak lompat dari aras 13. Lompat sebab bahagia. HAHA. Lyeen balik bilik, tiba-tiba Eva call Lyeen dia kata macam ni. "Lyeen, kau kat mana? Sir Selva suruh kau turun bawah sekarang. Urgent!"...Wow, dalam kepala otak aku siap fikir. Apa salah aku. Ker aku salah buat assignment. Tup-tup sampai bawah, Sir Selva senyum-senyum then bagi kek yang comel ini siap wish.."Happy Birthday Cik Lyeen! Jangan sedih-sedih lagi. Wish you happy okey. Makanlah kek ni dengan kawan-kawan."
Sumpah Lyeen terharu buat kali yang kedua. Sungguh bukan Lyeen antara student yang hebat pun dalam kelas bahkan selalu jer pengsan time kelas dia. Thanks Sir!!!
Sungguh tak sangka Lyeen dah 20 tahun. bahagia. Syukur. Terima Kasih Allah kerana memberi Lyeen peluang untuk terus hidup dan menambah amalan di dunia. Insyaallah, Lyeen akan jadi manusia yang lebih baik selepas ni. Paling penting, Lyeen akan cuba untuk berpegang pada prinsip hidup Lyeen untuk sentiasa berdiri diatas kaki sendiri. Lyeen bahagia sebab masih berstatus bujang hingga ke umur 20 tahun. Tapi, seram juga sebab nanti takdak nak kahwin dengan Lyeen. Uwwwwaaa! Takpa, jodoh sentiasa ada dimana-mana. Bercinta selepas nikah itu lebih indah. Noktah!
Andai sesuatu telah pergi dari kamu, jangan ditangisi. Andai dia tidak kembali dia bukan milik kamu. Tapi, andai dia kembali. Yakinlah, bahawa dia memang untuk kamu. So sweet. Mohon doakan Lyeen sentiasa sukses dalam apa juga hal. Terutamanya dalam final exam yang bakal berlangsung 2 minggu lagi. SEDIH. Lepas tu boleh balik Sabah jumpa mak ayah untuk pujuk dorang bagi Lyeen kahwin awal. HAHA. Mak tetap taknak bagi Lyeen kahwin! Mencik..mencik..nak lari pegi Siam lah! HAHA. Astagfirullahalazim...Jauhkan aku dari hasutan syaitan sebentar tadi! Ish! Thanks buat semua yang doa dan wish kat wall, sms, inbox, kad, surat layang dan sebagainya. Thanks!! Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
p/s: Lyeen rasa dah semakin matang je semenjak jadi golongan 20-an ni..HAHA. Rasa macam lain bebeno. Teruja kejap. Tapi, cepat-cepat sedar bila usia tu hanya sekadar angka untuk menyedarkan kita banyak mana amal yang kita lakukan. Selamat Hari Lahir untuk Lyeen. Ok bai.
2 000 Makan Cupcakes!:
hapy belated besday sis...
waaa best nye dpt byk hadiah :)
happy bornday! moga jadi anak yang lebih solehah.amiin.
Catat Ulasan