Ahad, 12 Ogos 2012

Rayaku di Kuala Lumpur..!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Selamat Pagi Ramadhan yang Ke-22...

Semasa menaip entry ni Lyeen dalam keadaan yang segar bugar. Sebab tenaga masih berada pada tahap maksima. Pagi ni, Lyeen rasa bahagia sebab masih kenyang. Tapi, yang buat spoil mood aku pagi-pagi ni bila gusi aku seakan-akan menyambut kedatangan gigi baru? Perlu ka? Sebab aku rasa pipi aku super duper naik 180 darjah disebabkan kesakitan yang melanda! Aku lebih rela demam 2 minggu dari sakit gigi!

Semalam aku buat assignment Math sampai penat. Sampai tersengguk-sengguk kat atas meja. Nasib jer kepala aku tak berdarah bila melekat kat hujung meja semalam. Kalau tak, jatuh nilai wang hantaran aku!Sumpah, minggu sebelum raya, kami disajikan dengan assignment yang perlu dihantar sebelum balik. Tu yang buat aku rasa sweet jer raya tahun ni.

Okey, disebabkan kertas warna merah kat atas ni lah. Aku lupakan segala macam jenis kepayahan, kesusuhan, kesegsaraan aku menyiapkan assignment. Sebab aku balik Sabah! Walaupun, aku memang akan menangis air mata darah berbaldi-baldi raya pertama nanti, tapi aku tetap akan bersyukur plus-plus sebab aku dapat balik jugak jumpa family aku walaupun dah raya kedua. Aku tetap teruja. Sweet tak aku jadi anak?
Aku manusia yang dilahirkan di Tawau. Tapi, kenapa aku turun KK? Hahaha..aku saja nak test angin!
Aku tipu. Sebenarnya tiket balik Tawau 3 kali ganda dari harga balik KK. Tu sebab aku balik KK...*Aku tak sangka Air Asia cop orang Tawau ni kaya-kaya..T_T* Sampai kat terminal Air Asia KK nanti, mak cik Lyeen akan menjemputku dengan sorakan seperti Harimau Malaya.! Aku pasti!


Lyeen buat muka teruja macam ni bila call Mak bagitahu yang Lyeen balik raya nanti. Walaupun super duper sedih sebab tak dapat raya sama-sama time raya pertama. Tapi, aku tahu Mak aku tetap bahagia sebab anak dia yang paling cool akan balik jugak  =_=...Oh ya, aku balik dengan adik aku si Liza gendut. Hari ni dia exam. Last paper, u all doakan dia senang je jawab soalan ok. Lepas tu, dia balik Karak tempat Abang Adi. Sebab dia balik Sabah lama lagi disamping dia takut duduk UIA lama-lama, nanti ada hantu bangkit! Lyeen tak ikut balik, sebab masih ada kuliah sampai Jumaat nanti..T_T.

Apapun, Lyeen bersyukur sangat sebab dapat balik raya tahun ni. Sebab dah dua tahun okey beraya di Semenanjung. Best tu memang terasa. Tapi, tipulah kalau Lyeen cakap Lyeen tak rindu suasana kampung sendiri u all. Aku akan teman nenek aku pasang pelita keliling rumah sambil nenek aku mengomel bila sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu lari-lari sambil bawa bunga api. Kalau dorang jatuh, aku tak kisah. Tapi, kalau pelita yang aku pasang patah? Aku kisah! Sebab, penat aku ketuk kayu guna tukul supaya tiang pelita aku lurus 90 darjah..Aku nak jadi cucu mithali! Kejam..T_T


Lyeen ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua readers tegar blog cupcakes Lyeen ni. Thanx banyak-banyak. Mohon maaf andai tulisan selama ini tidak enak dipandang mata...Semoga Aidilfiti kita akan menyedarkan kita tentang kepayahan insan lain. Jangan syok sangat beraya sampai tercekik biskut semperit. Makan perlahan-lahan. Lyeen nak packing barang untuk balik Sabah nanti. Ada sesiapa nak hantar kad raya? mohon minta alamat aku..=_=

P/S: Tema baju raya tahun ni baby blue plus baby pink. Bila dah double plus-plus mesti aku ada aura the baby-baby. Harap banyaklah duit raya aku dapat tahun ni. Amin..Amin..Amin..

4 000 Makan Cupcakes!:

MalizaMah berkata...

raya 1st or 2nd, it ok.. tetap beraya juga kan. kat hostel jew ker nnt?

mujagirl92 berkata...

selamat meninggalkan semenanjung wahai anak Tawau,, hehe

emy|farid berkata...

tido sampai tengahari, taknak dengar takbir raya. hehe

Unknown berkata...

ahahahaha.good luck cik lyeen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...