Selasa, 7 Ogos 2012

Khas untukmu anti Sabahan tegar.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh...
Salam Ramadhan yang ke 18. Kali ni baru betul dah belas-belas.
Siapa dah start buat kuih raya angkat tangan!

Lyeen tahu dah berpuluh-puluh hari Lyeen tak update blog. Semakin hari aku semakin sibuk. Sebab aku memanfaatkan bulan Ramadhan sebenarnya. Takburnya aku..T_T
Beberapa minggu ni Lyeen memang sibuklah! Assigment semua dah ada dalam laci meja aku. Tolong fokus kepada perkataan 'laci meja'. Aku tahu aku malas. Tapi aku berpegang pada fakta, "Kerja last minute lebih baik daripada kerja awal minit!"


*Aku tipu fakta itu! Fakta aku buat sendiri!

Okey, apa yang menarik minat Lyeen hari ni nak berblogging dan tulis entry adalah disebabkan rasa terharu, teruja, bengang, marah, kecewa, dan segala macam jenis perasaan bila ada manusia yang cuba MENGHINA negeri kelahiranku..Kenapa bah?Kenapa bah! Emaliza Lizaema a.ka Ema dan Princess Deila. Adakah anda tahu bahawa anda sangat sweet bila menghina, mencaci dan meburuk-burukan negeri Sabah? Sumpah Lyeen terharu. Kita jadi BFF jum. Jumlah bah...T_T

Sumpah tak marah pun bila dia hina plus-plus macam ni. *Aku tipu!...Bukanlah aku semangat kenegerian sangat. Tapi, secara jujurnya kita hidup bermasyarakat. Negara kita terkenal dengan perpaduan dan toleransi. Kita ada budaya. Budaya kita amalan sepanjang zaman. Adat disanjung, budaya dipelihara. Budi bahasa budaya kita. Okey, aku rasa macam kempen! Tapi sebagai anak jati kelahiran Sabah. Lyeen lahir, membesar,membiak dan segala macam di Sabah. Dari start berumur satu hari sampailah sekarang Lyeen hidup di Sabah! (Kecuali sekarang aku duk KL sebab aku study! Raya aku balik Tawau!) Tu sebab terasa sangat bila ada orang yang tak ber'fikiran rasional' post benda-benda macam ni. Di mana nilai kemanusiaan bagi mereka?


Yang si Manis sorang ni pulak. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tak semestinya seorang makhluk dari Sabah buat silap, semua orang Sabah kau cop sama. Rambut sama hitam geng, hati lain-lain. Dunia sekarang tanpa sempadan a.k.a globalisasi. So, berjaga-jagalah dengan setiap apa yang kita post lagi-lagi di alam maya sekarang ni. Tak pasal-pasal kena saman 1 Juta. Memang tidak dinafikan Kuala Lumpur lagi maju plus-plus berbanding Sabah. Tapi, takdaklah sampai orang Sabah masih tinggal atas pokok. LRT bagai memang takdak. Tapi kami ada bas henti-henti dan bas ekspress. Banyak! Bab karaoke insyaAllah ada, Lyeen tak pernah masuk pulak sebab mak tak bagi..T_T...Sakit jiwa bila dia cakap "Sabah Negeri Sampah"...
Memanglah ada sampah, tapi tiap hari Majlis Perbandaran hantar petugas ambil bah Ema. Tak kotor pun. Serius..:)

Kalau Lyeen banyak duit nak je kan sponsor Ema dan Princess ni balik Sabah. Mesti sweet kan. Kita naik kapal terbang. Besttt....Sabah ada Rumah Terbalik, Sabah ada Pulau Manukan, Sabah ada Gunung Kinabalu, Sabah ada Poring, Sabah ada Sepilok, Sabah ada Kuih Cincin, Sabah ada Amplang, Sabah ada mutiara asli. Sabah ada Buras. Sabah ada Sabahan Troll dan paling sweet Sabah ada Jimmy Palikat a.k.a Anak Kampung.
Best kan?

"Kita hidup 1 Malaysia. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Kalau kita sendiri jadi duri dalam daging untuk menjana perpaduan negara. Bila negara akan mencapai kesepaduan? Lagi-lagi, kita sebagai muslim, hamba Allah SWT. Kenapa perlu menyakiti hati insan lain? Lagi-lagi dibulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini? Mohonlah kemaafan atas tindakan kamu. Orang Sabah baik-baik bah, tiada-tiadanya mau marah-marah. Paling pun dicakap jak kau LAGO oleh orang Tawau macam aku!

P/S: Tawau ada Persisiran Trausland aka Hihgway!Tawau ada Taman Bukit Tawau!Tawau ada Amplang!Tawau ada Cik Lyeen jual Cupcakes! Mohon beli tiket balik Tawau laju-laju.

28 000 Makan Cupcakes!:

azwaa berkata...

pfttt,ntah napa ada jak yg x puas sama sabah ni. -.-

SuparMan SuaRez berkata...

woit..woit..baru jak nak update pasal nie..lajunya Ko!! ishh..ish..
Nanti aq bagi double trouble impactnya...Hahaha
Sandakan Ada sepilok..Ada taman Buaya..Lalalala..

FIZGRAPHIC berkata...

orang yang kutuk sabah mesti duk atas pokok. hahaha.

Unknown berkata...

btol toe cik lyeen..
sakit aty jgk bile dowg cakap sabah sampah.. geram la mmg..

Unknown berkata...

@Azwa Mislan kan..kan..Sabah ada semua la..kan..T_T

Unknown berkata...

@SuparMan SuaRez ya kan..kau tambah lagi...Sabah ada suparman dan puteri katak...hahaha

INNANIE ARIFFIN berkata...

orang teringin sngt nak pi sabah, dia boleh hina. jilake btul!cuba kalau tempat dia lahir dihina, tau tak apa perasaan?

✿INA AINAA✿ berkata...

hekeleh, ena rasa kat sabah tu la best.. byk pokok2, banyak gunung ganang.. mutiara pun hidup kt sana tau.... even ena baru pertama kali jejak kat sne, tp ena suka sgt sabah... jemu dah asyik tengok bangunan je.. huhuhu...

Cakap tak guna otak macam tu la...

Unknown berkata...

merepek betol lah mereka ni , , I nak sanagt pergi Gunung Kinabalu , , Sampoerna (sorry kalau slh eja) ,. poyo jek tanya ada LRT , karoke bagai , mcm bandar sngt , . . ntah2 dia lagi kolot .

Zul De Alexis berkata...

semua negeri ada kelebihan dan kekurangan masing2 x sepatutnya kita mengutuk...kn? :)

Unknown berkata...

@Hafizzi Aziz pokok durian cabang tiga...hahahha

Unknown berkata...

@Aniez_Najihah mmg lah ada sampah..tp kena kutip juga kan..kan..T_T

Unknown berkata...

@Innanie | Ariffin yer kan akk...nk je tumbuk dia laju2..akk tolong boleh?hehehe....nnt jum dtg Tawau k.:)

Unknown berkata...

@Innanie | Ariffin yer kan akk...nk je tumbuk dia laju2..akk tolong boleh?hehehe....nnt jum dtg Tawau k.:)

Unknown berkata...

@✿Lady Ainaa✿ kan ena kan...ena dtg tawau la jum..lyeen bawa pegi taman bukit tawau...sampai kembung mndi kat situ...hahaha..:P mmg dia tu..otak ada taknak guna..T_T

Unknown berkata...

@Ib Athirah kan..kan..Semporna dear...takpa...boleh dtg nnt..jalan2...:) sweet je...k...

Unknown berkata...

@Zul De Alexis betul2...Lyeen org sabha..tapi lyeen suka jalan2 pi Temerloh! Hahahhahah

DilaMilin berkata...

huhu..sabar ye. diorang tak pernah pergi sabah sbb tu diorang blh nk ckp bukan2 ttg sabah ni. jgn risau. sy pernah pergi sana. And it is the best place I've ever been. Pergi Kundasang. Syiokk bah. hehehe. Teringin nak pergi lg. InsyaAllah, ada rezeki nnti dpt turun lg kt bumi borneo. :D

najihahfara berkata...

die nak cari publisiti..
sabar ya

Unknown berkata...

ye btol toe cik lyeen biar ade smph tp mmg kna kutip olh mjls p'bndaran tawau ba..:)

Tanpa Nama berkata...

tak satu malaysia betul nak kutuk-kutuk tempat orang ni. sabar jela.

Unknown berkata...

@DilaMilin thanx kamu...jemputlah dtg lg..insyaallah kepuasan ada d mn2...:)

Unknown berkata...

@najihahfara publisiti free je dia dpt kan..eee..T_T

Unknown berkata...

Perbandaran Twu laju je ambik sampah...jgn risau..tawau bersih..kan..kan..:)

Unknown berkata...

@Rara Nasiha kejam dia tu kan..T_T..sedih ada juga manusia mcm ni..mcmna nak maju..

Myra Abdullah berkata...

budak-budak lagi tu lyeen..tak reti nk pikir lg.haha
sabar jelah yee..
doakan semoga dieorg dibukakan hati.amin.=)

Unknown berkata...

apalah kita satu negara pun nak benci membenci!!Luv Malaysia

Lulu Caldina berkata...

sabah ok lah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...