Memaparkan catatan dengan label cara memohon PISMP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara memohon PISMP. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2013

Cara Memohon Atas Talian PISMP


Assalamualaikum.
Salam Cupcakes.

Berminat nak jadi cikgu? Yeah..

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang 
berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan 
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman 
sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 
2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi 
mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta 
kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar
sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan 
menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)


NOTA PINK : Silalah isi borang dan doa-doa dapat IPG Kampus Bahasa Melayu. Sesungguhnya IPG tempat lyeen study sekarang adalah IPG yang sweet. We olls ada bangunan baharu u olls.!

Ok bai. Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...