Isnin, 18 September 2017

Majlis Nikah Lyeen & Akbar

Assalamualaikum dan Salam Hari Malaysia.
Eh, lamanya tak bagi salam dalam blog.

Hari tu dah janji nak share gambar kahwin Lyeen. InsyaAllah malam ni bolehlah Lyeen share sambil throwback sikit semua yang jadi kan. Hahaha. Majlis kahwin Lyeen, Lyeen impikan majlis yang "Simble but Sweet". Lyeen nak majlis yang sederhana tapi nampak wah bestnya.


Bayangkan sahaja, Lyeen dekat KL tapi majlis nak buat dekat Sabah. Segala urusan Lyeen buat atas talian. Guna whatsapp. Call. Fb. Instagram. Semualah. Bincang harga pun online. Alhamdullilah juga Lyeen jumpa semua insan yang berhati mulia untuk majlis Lyeen. Mula dari MUA,Photographer, Pelamin, Katering da Meja kerusi. Semuanya jenis yang senang bincang.


Kata orang, semakin dekat majlis maka semakin banyak tekanan kau akan hadap. Lyeen plan memula nak nikah dekat masjid tapi dua hari sebelum nikah, Lyeen dapat tahu masjid nak guna untuk majlis berkhatan pulak. Tup, tup call mak andam. Minta tolong dia buatkan pelamin mini untuk nikah. Memula dia susah nak terima sebab last minit kot. Dia pun mesti banyak kerja lain. Then, Lyeen pun cakap buat je simple. Yang penting ada tempat nak duduk dan ambil gambar. Akhirnya, dia terima tapi buat awal. Hari tu juga buat.


Alhamdullilah. Lyeen memang minta tema pastel untuk pelamin mini nikah ni. So, nampaklah betapa tamannya pelamin Lyeen. Simple je dan tak banyak guna warna. Pink, Cream dan Hijau. Cukup. Memang jatuh cinta sangatlah. Tunggu punya tunggu. Tibalah hari yang Lyeen tunggu. Hari nikah!!!


Sebenarnya, paling touching tengok gambar ni. Sebab nampak sangat dia tengah gugup kan. Hahahaa. Malam sebelum nikah, call Lyeen tanya pasal baju dia. Tanya songkok dia. Hahahaha. Sebab Lyeen yang matching semua baju nikah sebab dia busy. So, time balik Sabah. Lyeen packing siap-siap bagi kat dia. Tu yang dia kelam kabut cari. Hahaha. Tapi, trust me, u handsome sangat pagi tu dear. Eh ;p


Lyeen nampak je boleh senyum. Sebelum nikah, memang tak boleh tidur. Rasa macam....eh peliklah. Bangun tu memang mengantuk. Nikah pukul 9 pagi. Pukul 7, MUA dah datang nak make up. MUA saya nama Kris. Memang dialah saksi betapa dupdapdupdapnya Lyeen dalam bilik time dia make up. Nasib baik juga dia banyak bagi semangat. Yer la, sebab dia pun mesti dah banyak kali make up bakal pengantin. Dia siap bagi petua lagi untuk rileks.




Alhamdullilah selesai. Dengan sekali lafaz je, Lyeen sah jadi isteri buat Akbar bin Asmara. Time tu, Lyeen tengok muka dia. Tak sangka sangat, lelaki yang Lyeen jumpa dekat kapal terbang tu boleh jadi suami Lyeen sekarang. Hebatnya aturan Allah. Sangat hebat!





Selesai majlis nikah Lyeen.Rasa penat lelah selama ni berbaloi bila majlis berjalan lancar je. Syukur sangat. Alhamdullilah semua dah selesai. Lamanya baru nak update blog. Hahaha. Okay, lepas ni Lyeen cerita majlis sanding pihak Lyeen dan pihak sebelah suami pulak ye. Malam ni rest dulu. Baby dalam perut dah kick kiri kanan suruh mak dia tidur. Hahahha. 

Assalamualaikum.




0 000 Makan Cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...