Ahad, 28 Jun 2015

HARIAN METRO: MARLEENAH CINTA BAHASA BAKU

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Ramadhan semua.

Ehem. Ehem. Ehem. Berkurun lama tak menaip entry akhirnya hari ni Lyeen dapat juga menari-nari diatas keyboard untuk menaip entry. Alhamdullilah hari ni je dah masuk 11 Ramadhan. Pejam celik-pejam celi memang tak terasa kan? Okay, tengok tajuk entry mesti dah rasa bosan nak baca kan? Skema gila kau Lyeen! 

Sebenarnya lama dah nak taip entry pasal masuk Harian Metro hari tu, tapi lama je entry tersimpan dalam draft. Lyeen bukan malas nak menaip cuma bila menaip ni kita perlukan ruang yang tenang supaya benda-benda yang kita taip tu dapat beri input pada orang yang membacanya. Baiklah, hari ni Lyeen nak cerita, macamana Lyeen boleh masuk dalam ruangan Blog Harian Metro? Kisahnya bermula Lyeen kenal Kak Dira melalui whatsApp sahaja dan kami tak bersua muka pun. Kak Dira hanya hantar soalan melalui email dan Lyeen pun jawab soalan yang dia bagi kat email tu macam final exam ohhhh. Berpeluh-peluh nak jawab. Akhirnya, terpampanglah kisah Lyeen dala satu ruangan besar pula tu. Terharu sangat. Terima kasih Kak Dira. Terima kasih Harian Metro!
Sebagai pelajar sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ni, sudah menjadi kewajipan Lyeen untuk jatuh cinta pada Bahasa Melayu. Dalam penulisan blog juga sebenarnya Lyeen lebih memilih untuk menggunakan bahasa Melayu tapi masih ditahap yang sederhana dan pembaca masih boleh faham. Konsep kita nak menulis ni mudah, kita mudah nak tulis dan orang mudah nak faham. Simple. Kita tak perlu nak guna bahasa bombastik sangat tapi maksud yang kita nak sampaikan tu tak sampai-sampai.

Kenapa kita nak guna Bahasa Melayu? Sebab kita orang Malaysia. Lyeen tak pernah nafikan kepentingan kita nak belajar bahasa lain, Lyeen sendiri pun berusaha untuk belajar bahasa lain. Bahasa Perancis terutamanya sebab aku nak pergi Eifell Tower. Macam takda kaitan. Hahahaha. Point dekat sini senang je, kita agungkan bahasa kita dan kita angkat bahasa lain. Ilmu itu luas, di mana-mana sahaja pun kita boleh belajar. Tapi, apa yang penting bagaimana kita mengamalkan ilmu yang kita ada dan bagaimana kita nak kongsikan ilmu kita kepada orang lain. prinsip hidup Lyeen ringkas , "Orang memberi kita merasa. Kita memberi orang merasa." 

Nota pink: Apa yang kita peroleh hari ini bukannya semudah yang orang lain fikirkan. Kita rasa penat dan lelahnya. Sebab itu, kita lebih menghargai diri kita sendiri sebab hanya kita yang faham diri sendiri. Orang lain tak akan faham apa yang kita mahu. Sebab itu, Allah bagi kita rasa sayang sebab Allah nak kita lahirkan rasa sayang pada diri sendiri. Bagaimana? Kita hadiahkan diri kita dengan perkara-perkara yang baik. Itu adalah penghargaan.

Ok bai. Assalamualaikum.




0 000 Makan Cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...