Selasa, 17 Februari 2015

PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015

Assalamualaikum.
Alhamdullilah dapat menaip hari ini untuk membantu adik-adik dekat luar sana yang nak mendaftar masuk ke IPGM. Barang siapa yang berminat nak jadi cikgu macam kami dekat IPGM ni, bolehlah baca sampai habis PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015 ini.

Sebelum mengisi borang atas talian ni, pastikan dah baca semua syarat-syarat permohonan. Lyeen sertakan sekali link dekat sini untuk memudahkan adik-adik yer. (SYARAT PERMOHONAN). Kalau dah baca dan yakin adik-adik lepas syarat-syarat tu boleh teruskan. Lyeen tunjukkan sekali PANDUAN MENGISI BORANG APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015 versi bergambar supaya adik-adik mudah nak buat permohonan. Sebab dulu Lyeen pun terkial-kial nak mendaftar sebab banyak sangat link keluar kan. Ikut langkah dekat bawah ni:

2. Lihat E-Perkhidmatan pada ruang sebelah kanan dan klik 'NEWPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2015

3. Lihat pada sebelah kanan yang tertulis "PERMOHONON PISMP 2015
4. Klik DAFTAR BARU untuk yang pertama kali ingin memohon.

5. Kemudian, akan keluar satu ruangan untuk adik-adik isi nombor kad pengenalan. Ini sebagai semakan kelayakansama ada umur adik-adik layak atau tidak untuk memohon.

6. Kalau adik-adik layak untuk memohon, hanya teruskan sahaja untuk mengisi maklumat diri. Hanya klik butang SETERUSNYA sahaja hingga akhir. 
7. Adik-adik juga kena isi kos pengajian, tempat temu duga dan tempat untuk menjalani ujian.
8. Dah selesai, akan keluar satu Draf Permohonan dan untuk calon SPM, adik-adik tak akan ada butang pengesahan selagi keputusan SPM tak keluar. Pastikan selepas keputusan SPM dah keluar, adik-adik sahkan permohonan dekat sini dengan log in semula. Okay.
Akhir sekali, jangan lupa untuk berdoa selalu. Minta Allah mudahkan semuanya okay. IPGM ni adalah platform paling menyeronokkan untuk mereka yang memang minat nak jadi guru. Lyeen sekarang dah tahun akhir dekat IPGM ni Memang seronok! Rugi tak apply...selamat memohon dna selamat berjaya untuk semua!
Nota pink: Ruang dan peluang tak selalu ada untuk kita, ambillah sebanyak mana peluang yang terbentang di hadapan kita sebab rezeki Allah itu luas, kita tak tahu yang mana satu untuk kita. Lyeen doakan semua yang memohon dengan ikhlas hati tu berjaya dan selamat datang ke Team IPGM...Kalau ada apa-apa yang tak faham tu boleh terus inbox Lyeen tanya dekat Cik Lyeen Blogspot Com okay..InsyaAllah, Lyeen boleh bantu....:)
Ok bai. Assalamualaikum 

4 000 Makan Cupcakes!:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian entri ini :-)

Unknown berkata...

Hi,bolehkan beritahu saya macam mana nak mohon penguruan lepasan Degree? saya bercita cita nak jadi guru dan telah habis belajar course bachelor of english education tapi tak tau macam mana nak mohon. sudikan u bantu saya?ucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu :)

Unknown berkata...

Hi,bolehkan cikgu Lyeen beritahu macam mana mohon penguruan lepasan degree. saya memang berminat menjadi guru dan pernah ada teaching practice di Smk MALIM NAWAR. Saya telah habis berlajar bachelor of english eduacation di Utar tapi tak tau macam mana mohon untuk menjadi guru tetap. harap cikgu dapat bantu saya. ribuan terima kasih

Unknown berkata...

@Jyee yoo sila email saya yer di dewi_syifa@rocketmail com. Banyak cara sebenarnya boleh isi borang. Apa2 feel free to contact me at dewi_syifa@rocketmail.com okay. Tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...