Isnin, 2 Februari 2015

Kehidupan Guru Pelatih.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Hai semua. Hai. Hai. Sebelum terlambat. Selamat datang bulan Febuari dan Selamat Hari Wilayah untuk semua manusia yang tinggal di negeri yang berwilayah. Hahaha. Termasuk aku yang sepatutnya dah mula praktikum esok tapi tunda sampai hari Rabu sebab esok cuti Hari Wilayah dan Selasa pula cuti Thaipusam. KL memang kaya dengan cuti...

Sebenarnya gambar ni upload kat FB tapi tercrop dan aku sambung update entry dekat sini dengan memuat naik gambar yang sama.Hahahaha. Cuti ni Lyeen tak balik mana-mana sebab lebih memilih untuk prepare barang-barang nak praktikum seperti buku Rancangan Mengajar, fail-fail dan persiapan dari aspek mental dan fizikal yang kena sedia bangun awal dan balik lambat.

Sabtu tadi Lyeen ke Karak ambil kereta sewa dan balik tu terus singgah tengok sekolah walaupun ada sesat sikit. Hahahaa. Kira okay la sesat sikit berbanding praktikum 2 dulu sebab sesat banyak. Bila sampai SK. Segambut ni rasa macam okay la sebab sekolah tak lah besar sangat dan taklah merisaukan aku. Kami pun sempat juga berbasa-basi dengan pengawal dekat sekolah tu.
"Alhamdullilah sekolah ni okay. Murid-murid dia pun baik-baik.." - Pengawal SK. Segambut, 2015.
Syukur! Tak sabar cikgu nak jumpa u ollsss anak-anak. Lama dah cuti mengajar secara praktikal, mesti aku malu-malu nanti sebab time bentang tugasan dalam kelas pun aku mengeletar. Hahahha. Padahnya cuti lama sangat :p
Esok Lyeen akan ke sekolah lagi untuk hafal jalan nak ke sekolah supaya Rabu nanti tak lewat datang sekolah. Nak harapkan aku memang terpaksa guna GPS la, Sobsobsobsob.....:p

Selamat berpraktikum buat semua guru pelatih Semester 7. Buat yang terbaik untuk praktikum terakhir ni, insyaAllah bila dah habis praktikum kita hanya menyelesaikan helaian untuk Penyelidikan Tindakan kita je. Tu lagi menyeramkan.......Setahun jer lagi. Setahun je. Bersabarlah wahai hati. Good luck dan doakan Lyeen mampun dan tabah untuk menempuh hari-hari sebagai seorang cikgu di tengah bandar KL sekali lagi.

Ok bai. Assalamualaikum.

1 000 Makan Cupcakes!:

ezy.fia berkata...

selamat berpraktikal..
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...