Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.
Dulu-dulu kan selalu berlakon dalam bilik, depan cermin. Cakap sorang-sorang. Bila dah besar sikit, paksa adik-adik jadi anak-anak murid lepastu Lyeen jadi cikgu. Ajar entah apa-apa. Kalau dulu buku latihan yang kecik-kecik tu seminggu jer dah habis sebab pakat-pakat koyak buku bagi kawan-kawan satu kampung main cikgu-cikgu.
Masuk sekolah rendah, nampak cikgu cantik sikit. Terus pasang angan-angan, "Aku nak jadi macam cikgu tu." Mulalah tiru gaya cikgu tu jalan. Cara cikgu tu makan. Semua Lyeen tengok. Bila dah sekolah menengah, dah tak berlakon tapi tanam azam dalam diri kuat-kuat nak jadi cikgu. Nak jadi cikgu. Nak jadi cikgu. Lepas SPM terus beli nombor pin dekat BSN untuk daftar masuk IPG.
cc: Bhen Instagram
Tup-tup-tu-tup. Alhamdullilah, Lyeen dah masuk tahun keempat belajar sekat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur ni. Setahun lagi dah nak habis. Tak sangka budak-budak yang dulu berlakon jadi cikgu ni tengah menuntut ilmu untuk jadi cikgu suatu hari nanti. Tak sia-sia dinding rumah nenek Lyeen dulu kena cat tiap tahun sebab Lyeen dengan kawan-kawan selalu conteng dinding rumah buat jadi papan tulis. Hahahaha.
Betullah kata orang, "kalau hendak, seribu daya taknak seribu dalih." Sekarang, dunia serba canggih dan buat ramai orang perlekehkan kerjaya guru ni tak profesional. Sedih bila ada segelintir yang hina guru-guru. Macam-macam. Tapi, kita ambil positif je. Yang mereka hina ni juga akan didik anak, cucu,cicit mereka suatu hari nanti. Ikhlaskan hati untuk buat kerja insyaAllah, mudahlah segalanya.
Oleh itu, Lyeen nak ucap SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar PENDIDIK. Sesungguhnya kalian orang yang bertuah kerana diberi amanah semulia ini untuk memberi inspirasi dan tunjuk ajar pada anak-anak yang suci jiwanya itu. Tahniah dan syukur pada Allah kerana memilih kalian sebagai barisan guru-guru yang menjadi penunjuk jalan buat mereka yang tidak diberi arah.
Nota pink: Amanah. Ikhlas. Biar apapun orang kata tentang profesion ini, percayalah bahawa profesion ini tetap nombor satu dalam hati Lyeen. Orang akan kata, "Dunia hari ini tak perlukan cikgu untuk belajar. Semuanya boleh dapat dari internet. Apa yang cikgu nak cakap. Ada dekat internet..." Anda yang tentukan penyataan ini benar atau salah. Tafsir guna hati dan akal. Kerana bagi saya, internet itu juga terhasil dengan adanya perkongsian ilmu. Ilmu dari siapa? Sudah tentu ilmu dari Cikgu.Cikgu.Cikgu.Cikgu. Sama-sama hayati Sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. Semuanya boleh terjawab hanya dalam sajak itu.
Ok bai. Assalamualaikum.
2 000 Makan Cupcakes!:
Selamat Hari Guru untuk cik lyeen. Wahh lagi setahun je nak habis. Jeles nyeee
Selamat hari guru buat semua guru2 terutamanya mak saya yg juga merupakan guru saya :)
Catat Ulasan