Selasa, 6 Mei 2014

Rindu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu Chocolate.

Padahal tak pernah makan cupcakes tiramisu. Berlagak jer taip cupcakes tiramisu. Hahahaha. Sebenarnya taip entry ni pukul tiga pagi. Entah kenapa rajin je nak taip entry awal-awal pagi. Sebab dulu pun rajin taip entry pagi-pagi buta lepastu blogwalking sambil sepahkan cupcakes dekat shoutbox blogger lain. Jahat aku dulu. Lol. Sebenarnya juga, minggu ni adalah study week sebab dua minggu lagi dah nak final exam. Pejam celik, pejam celik macam cepat jer semester ni berakhir kan? Seronok. Tapi, dalam seronok tu ada sedih juga. Entah part mana yang sedih pun tak tahu.

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1. Sekolah pertama tempat Lyeen praktikum. Okay, praktikum. Entry sebelum ni ada cerita pasal praktikum then ada kawan blogger tanya, "Praktikum tu apa?". Praktikum ni kira macam tempoh latihan yang pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) sediakan, untuk guru-guru pelatih ni mengalami sendiri suasana sekolah yang sebenar. Diberi peluang untuk mengajar macam guru-guru biasa. Lyeen dah selesai melaluinya untuk fasa pertama tadi selama sebulan. Letih, penat, stress dan macam-macam perasaan ada. Tapi, semua tu tak terasa bila Lyeen pergi sekolah lepastu nampak murid-murid Lyeen. Rasa seronok je. Ya Allah, bila hati kita ikhlas buat kerja dengan niat kerana Allah, insyaAllah Dia permudahkan hati kita untuk buat kerja. 
Untuk fasa pertama ni, Lyeen dapat kelas Tahun 5 Budi dan Tahun 4 Cekap. Minggu pertama Lyeen masuk kelas mereka, semua buat muka terkejut sebab dapat cikgu baharu. Semua takut-takut lagi nak dekat. Cukup setakat tanya nama je. Masuk minggu kedua dah pandai dekat-dekat nak manja-manja siap suruh Lyeen mengajar mereka sampai habis waktu sekolah. 
Budak-budak ni pandai berlakon juga sebab bila pensyarah Lyeen datang nak observe kan, mereka buat muka baik gila. Kalau nak tanya soalan tu, sopan sangat siap angkat tangan. Tak berebut-rebut pun. Bila suruh buat aktiviti, senyap macam dalam pusat sumber. Aliya, Izleen, Mysara. Senyap je dalam kelas tapi bila luar kelas semua benda dia nak cerita dan mereka bertiga juga yang paling galak menangis bila Lyeen cakap Lyeen dah nak habis praktikum.
Dapat bayangkan tak betapa riuhnya kelas hanya dengan tengok gambar ni? Hahahha. Ambik gambar ni, time last day praktikum. Semua pakat-pakat nak ambik gambar depan-depan sampai cikgu pun dah duk ke tepi. Nakal memang nakal. Tapi, nakal mereka masih boleh dikawal dan Lyeen tahu murid-murid macam mereka sebenarnya perlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan paling penting mereka nak jadikan kita kawan-kawan mereka supaya senang mereka nak bercerita. Ada tiga orang daripada mereka yang jumpa Lyeen cerita masalah mereka tentang kesukaran nak belajar. So, jadi tanggungjawab kita untuk bantu dan nasihat. Walaupun, sebenarnya Lyeen masih banyak kena belajar dekat IPG sebelum nak mengajar betul-betul nanti.
Selamat maju jaya untuk semua warga Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1 dan  terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami walaupun hanya sebulan kami sempat memberi bakti sambil mencari pengalaman mengajar di sekolah. Sungguh, pengalaman itu tak boleh dapat dekat mana-mana selain kita laluinya sendiri dan bila kita meninggalkanny pasti, suatu masa kita akan merinduinya sangat. Lyeen rindu bila Akshah datang bagitahu yang dia paling awal siap semua aktiviti. Lyeen rindu bila Lokman yang selalu emosi tu buat muka bersalah bila kena marah. Lyeen rindu bila Eman suka tanya, "Cikgu Lyeen tak pandai marah?"....Paling tak boleh lupa dengan budak  Atan yang sangat manja, "Jangan buat Cikgu Lyeen marah, Kalau Cikgu Lyeen marah, dia tak nak senyum."... Atan memang baik. Selalu tolong angkat beg laptop pergi bilik guru. Hahaha. Rindu. Semoga mereka baik-baik sahaja.
Paling rasa penat bila Lyeen terpaksa punggah hadiah-hadiah dari aras tiga tu. Sorang-sorang bagi hadiah, bagi surat, bagi kad ucapan. Tak lupa juga ada yang bagi duit. Nak gelak pun ada. Mcam-macam. Sweet sangat. Hahahaha. Memang jadi cikgu ni letih sangat-sangat. Tapi, adalah satu kepuasan dan kegembiraan bila Lyeen boleh tengok anak-anak murid Lyeen gembira dan menghargai apa yang Lyeen buat untuk mereka. Semoga ilmu yang Lyeen ajarkan kepada mereka mampu membantu mereka. Tak banyak. Sedikitpun sudah cukup. Alhamdullilah.
Sungguh, dalam hati paling dalam. Rindu mereka. Rindu sangat.
Nota pink: Allah beri rasa kasih dan sayang pada kita. Allah beri kita ilmu untuk dikongsikan. Allah beri kita rasa rindu untuk kita menghargai dan mengingati dan Allah beri kita rasa cinta sesama manusia agar kita tahu meletakkan hati kita pada insan-insan yang juga meletakkan kita dalam hati mereka. Semoga Allah, mantapkan lagi rasa kasih dan sayang ini sepanjang hidup ini dan semoga jiwa guru ini terus segar walaupun 40 tahun lagi. Aamin.
Ok bai. Assalamualaikum.

2 000 Makan Cupcakes!:

✿INA AINAA✿ berkata...

Seronoknya jadi cikgu. Boleh dapat hadiah. Ehhh... hehehe budak budak pun sporting bila nampak kamera

belogisam berkata...

oooo,,, cikgu lynn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...