Assalamualaikum dan Salam Cupcakes Cokelet Cadbury.
Ehem, rasa macam tak percaya hari ni Lyeen boleh update blog. Sebenarnya ak tulis pun lagi tajuk entry dan tak rangka lagi apa nak cerita dekat tanah kedaung Lyeen hari ni. Pakat main taip jer. Tap-tap-tap sebab lama tak men'tap-tap'. Sesuka hati aku men'tap-tap'kan bahasa. Dah hampir sebulan Lyeen tak update blog kan? Lupa yang Lyeen juga seorang blogger. Blogger malas update sebenarnya. Okay, tamat pendahuluan.
Sepanjang satu bulan ni Lyeen dah mula terlibat dengan praktikum. Praktikum ni satu kerja dimana kena mengajar dah secara praktikalnya. Minggu pertama, memang Lyeen rasa down sangat rasa macam nak berhenti jadi cikgu sebab murid-murid lasak gila. Kena dengan Lyeen yang sensetif gila-gila, murid buat hal sikit aku dah gelabah :p Hahahaha.
Yes, Lyeen berpraktikum dekat Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1 bersama dua orang heroin drama korea yang sangat cun. Suri dengan Aida. Lyeen suka paktikum dengan dua orang manusia ni sebab mereka baik hati, loving, caring dan sebagainya. Tanpa mereka aku pincang. Cis, ayat bodek habis. Hahaha. Sebenarnya, kalau setakat ada kereta je tak mampu drive. Tak guna juga. Aku leww tewww! Mereka berdua pandai drive. Lyeen tak pandai. Lyeen pandai hidupkan enjin jer. Tu sebab Lyeen mesti buat baik dengan budak dua ni supaya Lyeen tak jalan kaki balik dari sekolah :p
Betapa ramai murid aku. Untuk praktikum pertama ni Lyeen mengajar dua kelas. Tahun 4 dan Tahun 5. Masing-masing dalam kelas tu ada 38 orang yang macam-macam ragam. Akasha, Luqman, Danish, Puteri, Khairina, Alya, Izlen, Aiman, Naufal, Atan. Ingat nama budak-budak ni sebab dalam kelas dioranglah paling aktif. Bila layan murid yang ini, yang satu lagi cemburu. Bila layan yang satu ni, yang lain lagi nak perhatian. Sangat pening. Sampai tahap Lyeen balik bilik rasa macam nak guling-guling atas tilam. Jujur, bahawa belajar teori dekat dalam bilik kuliah sangat jauh beza penatnya dengan praktikal dekat bilik darjah bersama murid-mruid.
Bila dah tinggal seminggu ni, rasa sedih pula sebab bila dah terbiasa rutin kita untuk jumpa murid-murid kita. Tiba-tiba utin tu berubah. Sedih bila murid tanya, "Cikgu tak mengajar dekat sini lagi? Alaaaa". Perkataan 'Alaaaa' tu akan buat jiwa Lyeen terharu. Benarlah bahawa andai badan kita menjerit keletihan tapi bila murid kita meluah rasa pada gurunya. Jiwa akan tenang dan bahagia sebab murid itu menghargai usaha kita. Satu perasaan yang Lyeen tak pernah dapat sebelum ni. Kepuasan mengajar. Kepuasan bila murid jatuh sayang pada kita. Kepuasan bila murid hargai ilmu yang kita bagi. Hebatnya perancangan Allah.
Apa yang penting, semoga semua ni akan berakhir dengan baik-baik sahaja. Lyeen penat sangat. Nak jadi cikgu bukan senang weiiiii. Nasib baik aku ni kuat, gagah dan perkasa. Cis! Padahal, mengeletar satu badan time kena observe! Lyeen tak minta untuk jadi guu yang sempurna dan terbaik sebab Lyeen perlu bertatih dari satu tangga ke tangga yang lain untuk melatih diri Lyeen supaya menjadi seorang guru yang berdaya saing. Masih banyak lagi yang perlu untuk Lyeen pelajari. Masih selautan ilmu wajib Lyeen kaut setitik demi setitik. Doakan semua urusan Lyeen dipermudahkan olehNya. Aamin.
Nota pink berborder biru: Bahagia dapat update blog malam ni. InsyaAllah, lepas ni boleh share lagi cerita. Dulu blog ni selalu je taip pasal motivasi bagai. Cis! Hahahaha. Yang penting niat kita. Kalau niat kita baik, insyaAllah hati kita akan pimpin akal kita untuk buat perkara-perkara yang baik. Hati kita ibarat enjin dan akal kitalah kuncinya. Jadikan hari kita adalah hari yang paling indah. Okay, tutup. Esok nak mengajar!
Ok bai. Assalamualaikum.
7 000 Makan Cupcakes!:
Tahniah! Cik Lyeen teruskan usaha untuk memandaikan bangsa.. :)
@Halim Brothers hahaha..memandaikan bangsa..:P pun boleh.. insyallah ...:) smoga dimudahkan :d
Shah pun dapat cikgu praktikum. Dari IPG Pendidikan Islam. Shah pun nak jadi cikgu jugak bila besar nanti. Cikgu praktikum best.
memanglah diorang jeles kak. dapat cikgu cantik. kalau kita pun jeles.
Wahhhh bestnyaaa dapat mengajar budak budak. Mesti adventure kan, tapi itulah mengajar kita macam mana nak handle masalah. Semoga berjayaCik Lyeen
taniah kak :D
Wahhh.. tahniah.. chayok! chayok! :)
Catat Ulasan