Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet dan Salam buat Si cantik dan Si manis.
Alhamdullilah, hari ni Lyeen ada masa dan ruang untuk men'tap-tap-tap-tap'kan jari jemari diatas papan kekunci laptop. Terlalu sibuk dengan hal-hal semasa hingga terlupa sekejap, "Eh, aku ada blog rupanya!". Hahahha. Sebenarnya, selepas balik dari Sabah hari tu Lyeen memang takda update blog kan? Lyeen hanya sempat update pemenang untuk Pencarian Bloglist dan Review Blog tu saja. Semua pemenang Lyeen dah pos hadiah. Tapi, ada sorang tak hantar detail lagi. Erm, review blog pun Lyeen tak buat lagi. Mohon u olls bersabar ye. Cuti Tahun Baru Cina nanti Lyeen review sebab ramai juga yang cuti kan? Nampak permainannya kat situ?
Hari ni, sehari Lyeen tak masuk kelas sebab Lyeen jadi sebahagian pegawai untuk Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Mula-mula taknak terima jawatan ni tapi ambik juga sebab nak timba pengalaman baharu. Nanti dekat bila dah posting dekat sekolah, lagi berat dari tugas macamni Lyeen akan terima. So, prepare siap-siap. Eh?
Nak cerita pengalaman tu memang sangat mahal okay! Pagi-pagi dah siap-siap pergi Dewan Za'ba untuk siapkan tempat mengundi dan lekat sana lekat sini. Pagi tadi Lyeen bertugas sesi pertama yang bermula jam 8 pagi sampai 10 pagi. Lepastu, balik.....! Rehat kejap sebab pukul 2 petang kena kira undi. Part ni yang aku rasa nak menangis sebab asyik sebut 36 nama berkali-kali sampai tahap aku dah hafal semua nama calon yang bertanding tanpa tengok sampai habis nama mereka. Hebatnya aku! Hahahaha.
Merekalah yang sama-sama bertugas dengan Lyeen. Seronok, orang datang tunjuk kad pengenalan. Lepastu aku belek-belek kad pengenalan diorang sampai tahap diorang rasa nak lempang aku sebab aku kaunter paling lambat bagi servis! Hahaha. Main garis-garis nama. Paling penting, beratus kali aku kena ulang ayat ni, "Tanda hanya 26 calon ye. Terima kasih." Ulang baca sampai 100 kali. Alhamdullilah, semuanya selesai pukul 7 petang tadi dan insyaAllah keputusan rasmi akan diumumkan pagi esok dekat perhimpunan. Tahniah buat mereka yang berjaya, laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin kerana orang lain telah memberi amanah dan kepercayaan kepada anda. Pada yang tak berjaya, jangan berputus asa kerana mungkin kali ini bukan rezeki anda. InsyaAllah, akan ada ruang lain untuk anda. Apa yang penting seorang bakal guru itu sewajarnya amanah, telus, boleh diharap dan dipercayai!
Sempat lagi men'selfie'kan diri. Sebab the next entry Lyeen nak review satu produk kecantikan dan kesihatan yang Lyeen cuba selama 10 hari ni. Terbukti dan ternyata ada kesannya. Kena siap-siap nak buat entry terbaik dan terkreatif supaya boleh dapat hadiah free lagi. Eh? Hahahaa. Apapun, kecantikan bukan datang dari luaran tetapi ia datang dari dalaman dan membawa aura pada luarannya. Percayalah bahawa jika bersih dalaman kita maka akan ada aura dan seri yang membawa pada kecantikan luaran. Petua!
Nota pink: Lyeen kena cari mood untuk menaip semula sebab sekarang entry dah macam pelik. Rasa macam takda isi utama dan mesej. Eh? Apapun, entry kali ni nak tekankan sifat amanah! Jangan pernah lari dari amanah kerana amanah itu suatu perkara yang harus kita pikul. Jika kita ke kiri maka amanah itu akan ke kiri. Begitu juga sebaliknya! Orang beri kita kepercayaan maka kita jaga dan laksankan sepenuhnya.
Ok bai. Assalamualaikum.
4 000 Makan Cupcakes!:
wow!!!! mesti penat juga kan jadi pegawai SPR ni. teringin juga jadi. Haishhhhh. Untung cik lyeen dapat merasa
sekali sekala jd pegawai best kan
yang penting kite dapat pengalaman baru kan...
jadi pegawai spr ni memg kene jujur..lepas tu banyak keje oo..haha
Catat Ulasan