Sendiri
Bukan hati tak rindu.
Tapi bukan pada tempatnya.
Kerana tempatnya jauh dari pasaknya.
Ibarat pungguk rindukan bulan.
Bila akan tiba masanya?
Tak perlu diungkap.
Tak perlu dilafaz.
Kerana saya tahu maksud setiap lakumu.
Jujur, saya tahu!
Andai saya merpati putih yang patah sayapnya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bertatih.
Andai saya kenari desa yang hilang merdu kicaunya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bersiul.
Mata saya melihat.
Telinga saya mendengar.
Wajah saya tersenyum
Tapi hati saya semakin rapuh.
Kerana saya tahu saya tidak utuh.
6 000 Makan Cupcakes!:
dalam mksudnya ni..sbar ye lyeen =)
cheer up ye cik lyeen.. senyum2 slalu
rasa nk curi kata2 lyeen ni.. hurmmmm =)
Puitis jugak Lyeen ni rupanya.. Seperti ada maksud terisrat jer.. Apa2 pun akak doakan Lyeen bahagis selalu.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
Menarik :)
sob sob sob :(
Catat Ulasan