Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Yam.
Sekarang dah macam trend kan nak pakai apa-apa jenis nak dengan corak TRIBAL. First Lyeen tak suka tengok corak tribal ni. Tapi, tiba-tiba jatuh cinta dengan tribal ni. Bila godek-godek jarang jumpa corak tribal ni dengan tudung bawal. Majoritinya banyak yang dalam bentuk shawl. Tapi, hari tu search banyak-banyak akhirnya jumpa jugak Tudung Bawal Tribal.
Cantik kan? Taklah bosan asyik guna Tudung Bawal Plain kan? Sesekali kita guna Tudung Bawal Tribal yang super duper cantik ni.
Credit pic: QOMA Boutique
Lyeen ada beli satu Tudung Bawal Tribal ni warna hitam. Kain memang okay juga. Mudah nak guna. Dan paling penting tak perlu risau sebab Tudung Bawla Tribal ni material kain dia tebal tapi sejuk. Tak nipis macam Tudung Bawal Plain. Tak perlu nak pakai inner neck. Kan?
Kalau u olls nak order Tudung Bawal Tribal ni u oll boleh terus make order ke Butik Online ni. Sebab Tudung Bawal Tribal ni limited. Banyak yang dah sold out. Harga pun sangat reasonable dengan kualiti kain u olls.
Ok. Selamat ber'Tribal'. Kecantikan abadi terbit dari kecantikan hati. Seehhh..Ahaks! Lyeen takdak jual Tribal Bawal secara runcit ni tapi kalau nak borong boleh PM Lyeen kat PAGES ok.
Nota pink: Hari tu ada call En.PC minta tolong beli Tudung bawal Tribal kat Langkawi. Lepastu dia boleh cakap, "Kat Langkawi coklat banyaklah..". Bila sampai KL, Lyeen tanya dia, "Awak kata apa kat mak cik jual tudung tu?" Lepastu En.PC kata, "Saya cakap Tudung Tribal ada tak? Lepastu makcik tu kata dia tak tahu."... Apa yang peliknya, bila sampai kat Times Square ada shawl Tribal kat kedai tu. En.PC boleh cakap macam ni.."Alah, berlambak kat Langkawi...!". Lyeen tengok dia dengan pantasnya..."Eh, awak kata tadi takda!". Dengan muka cool dia boleh jawab "Memang banyak..." Lepastu dia boleh gelak-gelak sakan. Strees! Nampak sangat tak nak beli tudung. Malu lewtewww!
Ok bai.Assalamualaikum.
5 000 Makan Cupcakes!:
wah saya pun suka corak tribal ni.. cantiklah!
hahaha lawak Mr.PC
Hahaha, comellah korang ni :D
Samalah..mula-mula rasa corak tribal macam berserabut tapi lama-lama dah berkenan di hati..hehe..=P
baru je grab satu tudung bawal tribal ni... ena memang suka, sebab warna warni.. awwwwwwwwwwww loike
Catat Ulasan