Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet.
Ambik kau. Tajuk entry macam tajuk Filem. HAHA. U olls! Lyeen kembali menaip dengan laporan penuh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Tapi, bagi bakal-bakal guru pelatih yang mendaftar program PISMP tu. Mohon u olls jangan tiru habit Lyeen yang perasan muka fotogenik ni! HAHA. Aku rasa gambar aku lagi banyak berbanding gambar nak buat laporan. Huh!
Seperti biasa hari Khamis pakai baju batik. Sekali lagi barangsiapa nak TUDUNG BAWAL ROSES inbox Lyeen okay. Ahaks!
Time ni kan we olls nak tengok cara guru PJ laksanakan PdP. Kami buat laporan untuk tahap 1. So, we olls pilih untuk Tahun 1 dan Tahun 2 time ni. U olls tahulah kalau tahap 1. Aktifnya, masya-Allah! Memang sukar dikawal. Kau suruh lompat sekali. Dia lompat sepuluh kali. Tapi, memang best. Dan kat sini juga ada student tanya..
"Cikgu, Cikgu ni orang Indon ke?"
"Kenapa awak cakap Cikgu Indon pulak?"
"R cikgu pekat sangat.."
"Cikgu orang Sabah lah!"
"Oooo"
Free-free aku jadi orang Indon. Ni yang susah bila hantar cikgu-cikgu jati Sabah kat Semenanjung ni. HAHA. Tapi, Lyeen suka. Lyeen suka orang semenanjung..:)
Hadi.
Student paling handsome. Tahun 1 Pintar. Budak ni pendeklah sangat. Tapi, mulut dia memang takleh berhenti. Lyeen masuk kelas dia sebab ada kelas relief. Time tu kelas Pendidikan Seni. Mereka kena buat topeng.
"Kenapa mata dia warna merah?"
"Yang ni butang merah. Kalau Cikgu tekan dia akan bawa Cikgu ke mana sahaja Cikgu nak"
"Warna ungu ni?"
"Warna ungu ni, bila Cikgu makan. Kalau Cikgu tekan. Makan tak akan sepah-sepah."
"Hijau?"
"Bila Cikgu tekan butang hijau, Cikgu akan jadi halimunan"
"Pulak dah. Kenapa banyak sangat butang?"
"Ultraman perlukan butang ni untu bergerak pantas Cikgu.."
Dalam hati.."Khayalan semata-mata dak kecik ni!" Tapi, serba canggih. Kadang-kadang bila kita tak dapat kawal dunia budak-budak ni. Mereka boleh blame kita semula. Mereka akan kata.."La, ini pun Cikgu tak tahu?" Sebab tu lecturer selalu pesan. "Cikgu kena tahu semua!"
Lyeen rasa, Lyeen adalah manusia paling tak faham perasaan sendiri hari Jumaat lepas. Sebab, bila loceng terakhir bunyi jer. Hati Lyeen rasa dup-dap-dup-dap. First, sedih tinggalkan budak-budak tu. Kedua, bahagia sebab dah habis PBS. Susah u olls nak jadi Cikgu..Kena cekal jiwa dan raga.
Sebelum balik, Lyeen dengan dak Suri tu masuk kelas Tahun 4. Sampai kelas je time tu baru habis waktu rehat. Ramai lagi tak masuk. Tiba-tiba ada dua tiga dak perempuan.
"Cikgu, sinilah"
"Kenapa?"
"Tadi kan, kawan saya cakap muka Cikgu sama dengan Nada Cinta"
"Siapa tu?"
"Si Nada."
"???"
Lepastu, yang sorang kat belakang lagi panggil.
"Cikgu!"
"Yer?"
"Cikgu tengok ni.."
Sambil tu dia keluarkan gambar yang berjuta-juta lemon banyaknya.
"Siapa ni?"
"Si Nada. Samakan dengan Cikgu..?"
Tengok kejap..Aikk?
"Yer ker?"
Balik rumah terus search "NADA CINTA"
Jumpa ni.
NADA CINTA
Saya lagi cool!
HAHA.
Sumpah tak sama!
Apapun SK. Karak memang terbaik. Gemilang! Tak tahu nak cerita sebab terlalu banyak pengalaman sepanjang ada kat sekolah tu. Tu baru seminggu u olls! Tapi, dah cukup buat Lyeen rasa betapa besarnya tanggungjawab nak jadi Cikgu.
NOTA PINK : Time PBS bolehlah nak fotogenik sangat. Kalau dah Praktikum. Rasanya kamera pun tak reti nak guna. Tu sebab pulun memory dalam kamera. Bukan selalu pun. Sekali untuk satu semester. HAHA.
Ok bai. Assalamualaikum.
15 000 Makan Cupcakes!:
So sweet! Hi cikgu Lyeen ;)
nak jadi anak murid balik laa hehe :)
HAHA. tak perasan pulak sama dengan nada cinta :p
cikguu~! cikguu~! muka cikgu ada sama sikit dengan Nada Cinta.. tapi cikgu laagi lawa.. hihi
amboi budak2 pandai bab2 artis ni. hehe. mmg hensem budak tu.. bdk2 penuh dengan imaginasi dan berfikiran kritis dan kreatif
Hana masa kat ipg xdidedahkan sangat pasal pbs.. lepasni kena cari maklumat pasal pbs.. dah nak posting kan. hehe
eh,, nak jadi murid cikgu boleh??
wau,, comey je budak2 tu ckp..
mesti bez jdi cikgu budk2 kecik an??
wah wah.. seronoknyaaa jadi cikgu.... ena memang tak layak la jadi cikgu.. memng teringin nk jd tenaga pengajar tapi dok reti la nk handle.. hahahaha jd pensyarah okay kot...
cop...lyeen, kakak has to say this...
1st: I love your dimples...so sweet...
2nd: yup ada iras Nada Cinta your face... ^_^
honest tau...
cikgu ngan murid pn nk bergambar gak tuu.. hehe
Waahhh suka orang semenanjung ke.. hehehe.. Comel budak tu, muka dia ada iras2 dengan Lyeen..
Betul lah! Muka Lyeen ada iras-iras Nada Cinta. Lyeen nie kira Nada Cinta versi Malaysia & bertudung. :D Comelnya Hadi tue! Hebat betul imaginasi dia. Hehehe. :D
wahh, mesti best melayan kerenah dorang ni kan cikgu? ^_^
salam, cikgu lyeen! hehehe, bestnye jadi cikgu. dulu teringin nak jadi cikgu tapi apakan daya, dah masuk course lain. hehehe
Hahaha comel ja cerita cikgu ni. Bestnya dapat jumpa budak-budak hari-hari. Teringinnya nak jadi cikgu :')
Doakan ya ? :)
budk2 mmg imaginasi tinggi..hehehe...cikgu oh cikgu suka bergmbor..lawo..cute..ahk serupa lor..
Catat Ulasan