Sabtu, 12 November 2011

Kau ingat kau bertudung baik sangat?Dan kau ingat yang tak bertudung tu jahat sangat la?


Hye u all...entry kali ni mungkin ada yang bakal menguris hati dan merobek sekeping hati wanita yang sensetif itu...aduuiiiii.....sedihlah sangat kan...hehehe..baiklah...entry kali ni tak dak lah kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia....Oke...Erm...sebenarnya ari ni Lyeen nak buat entry tuuuu naaaa macam tajuk kat atas tu....

Zaman sekarang ni ramai yang bertanya...
"Bertudung tu konfom baik ke? Tak bertudung tu konfom jahat ke?Bertudung tu sah masuk syurga ke?Tak bertudung tu sah masuk neraka ke?"

Masalahnya, berapa ramai yang bertanya....
"Bertudung tu wajib ke?Sunat ke?Harus ke?Keperluan ke? Or sekadar nak ikut suka ati aku aje...?"

Baiklah...Sebelum tue Lyeen nak tegaskan, Lyeen bukanlah pakar agama nak berdiskusi pasal ni..Tapi tadi time Lyeen berfacebooking...Ternampaklah satu status kawan Lyeen yg berbunyi macam ni...
"Bertudung tak semestinya baik..tak bertudung tak semestinya jahat.."
Masalahnya disini...bukan baik ke jahat....masalahnya ialah....
...
.......

"BERTUDUNG TU KEWAJIBAN KAMU SEBAGAI WANITA ISLAM"

Buktinya...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 
(Surah An-Nur, Ayat 31)

Lagi...

 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab, Ayat 59)

 Jadi, jangan dipersoalkan samaada wanita bertudung itu  baik atau tidak....Sungguhpun dia jahat tetapi dia sudah berjaya mendidik dirinya untuk mengikut suruhan Allah SWT...Di  sini juga bukan saya katakan yang tidak bertudung itu jahat dan tidak mengikut suruhan Allah SWT tetapi sesungguhnya tidak sempurna kewajibannya lagi sebagai wanita muslim....Kerana apa?Kerana bertudung itu WAJIB!

Anda boleh baca di SINI dan SINI

Bukan persoalan dia BAIK dan dia JAHAT...walaubagaimanapun...yang bertudung itu sudah terlepas dari satu dosa iaiitu dosa tidak menutup aurat...Sekiranya auratnya ditutup dengan sempurna!
 
p/s : Jangan hanya kerana kita terlalu taksub dengan duniawi..sehingga kita terlupa dengan kepentingan ukhrawi..Renung2kan dan selamat beramal...^^ dan kepada wanita yang bertudung ..peliharalah amanah yang kita pegang sebagai wanita muslim..."jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.."

4 000 Makan Cupcakes!:

Pocket berkata...

tp tak per..
sekarang ni dah makin ramai yg prefer bertudung. alhamdulillah.

Pha Is berkata...

nice word...

emy|farid berkata...

biarkan keikhlasan hati yg menentukan

Tanpa Nama berkata...

skrang ramai dah yang pakai tudung. tapi masalahnya betulkah cara mereka pakai tudung?? fikir2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...