Sabtu, 17 September 2011

Karang dan Burung

Kita umpama karang dilautan,
Sekuat mana ombak menghempas akan tetap teguh berdiri,
Namun, seteguh dan sekukuh apapun mencengkam bumi..
Suatu hari pasti tumbang kerana dalaman sudah terhakis..
Kita tidak seperti burung yang bebas terbang...
Kerana kita ada tanggungjawab masing-masing....
Namun,kita mampu seperti burung-burung yang terbang bebas...
Andai kita belajar untuk terbang dan pulang bila masanya...
Kembalilah, kerana semuanya ingin seperti dahulu....
Kisah semalam sememangnya pahit untuk diterima...
Tapi, yakinlah....kisah itu yang merubah segala-galanya menjadi hambar begini....
Adakah selepas ini tiada lagi ombak yang mengehempas karang?
Dan..adakah selepas ini tiada lagi burung yang mahu terbang ke sana dan ke mari?
Semuanya terserah pada keinginan dan kemahuan...
Itulah hakikatnya!

0 000 Makan Cupcakes!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...