Ahad, 23 September 2018

Muhammad Hareez bin Akbar


Assalamualaikum.

Hai semua. Entry terakhir Lyeen pasal nikah kan? Hahaha.
tup tup sekarang dah buat entry pasal anak.

betapa lamanya i tak ber'blog'. Ada orang kata blogging dah tak releven zaman sekarang ni. Tapi, i masih berpegang bahawa blog ni still ada keunikan tersendiri. Terutamanya buat orang yang suka menulis dan membaca macam saya. Uhuk!

Image may contain: one or more people and baby


No automatic alt text available.

Tak lama lagi dah setahun anak Lyeen. Siapa yang follow blog Lyeen since i bujang? Haha. I sendiri tak sangka yang i dah jadi mak budak. Cepat sangat masa berlalu. Rasanya macam baru je taip entry kat bilik asrama zaman study dulu. Hahaha.

Okay, sekali nak cerita kat sini saja nak share memory mengandungkan my Hareez. Time mengandungkan Hareez, Lyeen tak banyak alah pun. Syukur sangat. Lyeen ingat, Lyeen hanya muntah sekali je. Lepastu mengidam pun tak sangat. Tapi, ada satu tahap Lyeen pernah nak makan mangga tapi tak dapat. Time kan suami Lyeen pusing satu KL. Lastly, kami pergi pasar dekat Chow Kit Lyeen nampak limau nipis. Lyeen tiba-tiba teringin. I kupas kulit dan i makan. Ewww, bila taip ni pun Lyeen kecur air lir. Macamanalah Lyeen boleh telan dulu? Hahaha.

Image may contain: 12 people, baby

Due date Lyeen sebenarnya 2 Oktober. Tapi, Lyeen overdue sebab Hareez nak duduk lama kot dalam perut Mama. Alhamdullilah, Hareez membesar dengan sihat. Syukur sangat. Hareez pun anak yang baik dan bijak. tak banyak ragam. mungkin sebab Lyeen mengandungkan dia Lyeen tak banyak ragam juga kot. Mungkinlah. Orang-orang tua yang kata. Hahaha.

Tapi kan sebenarnya, time i mengandung. Husband i yang mengidam lebih. Dia mengidam seafood. Maka selalulah Lyeen ke kawasan yang berdekatan dengan laut seperti Port Dickson dan Bagan Lalang. Hahaha.Nasib baik time mengandung Lyeen tak mabuk jalan. Haha. Syukur!

Image may contain: 4 people, baby and closeup

Nak bersalin pun, Lyeen alhamdullilah dimudahkan. Walaupun mulanya Lyeen ada masalah jantung yang baru dikesan saat-saat akhir kandungan. Doktor kata denyutan nadi Lyeen ada masalah. Takut! Lyeen bersalinkan Hareez pun guna kaedah forcep sebab doktor kata denyutan nadi Lyeen dah tak normal time bersalin. Dan Lyeen alami banyak tumpah darah. Isk...iskk..iskk... tapi, tak kisah pun yang penting anak Mama selamat.

Time Hareez dah keluar tu. Berdara-darah lagi, Lyeen kiss. Lyeen nangis sebab tak sangka Lyeen sekuat tu lahirkan anak Lyeen yang selama ni Lyeen kandungkan. Nangis teresak-esak sampai doktor sound sebab nak jahit tak boleh sedu sedan sangat. Haha.

Image may contain: one or more people and closeup

Sekarang Hareez dah membesar dengan jayanya. Merangkak dan sekarang dalam proses nak berjalan. Tapi asyik jatuh-jatuh. Takpa, usaha tangga kejayaan nak! InsyaAllah, nanti Lyeen update lagi ye. Haha. Ntah bila. Tunggu adik hareez kot. hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...