Selasa, 17 Disember 2013

Selamat Bertunang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam ukhwah, salam sayang dan salam Sukan Sea. Eh tetiba? Hahaha.

Last day Lyeen update blog hari tu on 13.12.2013. Saja je aku nak promo 131213 tu, berlagak! Apalah sangat pada tarikh? Tapi, kalau Lyeen nak kahwin nanti 20.02.2020 cun? Tapi, aku tak tahu lagi nak kahwin dengan siapa. Aku tunggu mak aku plan 'blind date' dengan menantu pilihan dia. Bhahahahaha! Okay, out of topic! Sebenarnya nak bagitahu yang we olls sekarang tengah tunggu abang we olls dari Pahang tu datang. Sekarang mereka anak-beranak ada dekat dalam flight dari KLIA ke Tawau. Dalam pukul 11.30 kot mereka sampai. Mak aku pukul 6 pagi tadi dah siap masak-masak untuk sambut abang aku datang. Aku pulak secara drastiknya menyapu satu rumah, jemur kain, basuh pinggan seawal pukul 6.30 pagi. Mencabar sungguh sebab musim hujan. Hipotesis: "Semakin lebat hujan semakin best tidur."
Sabtu tadi, abang sepupu Lyeen mengarahkan seluruh ahli keluarga untuk pergi meminang kekasih pujaan hatinya. So sweet diorang, abang sepupu satu IPG dengan tunang dia mereka beza batch je. Kira pertemuan senior dan juniorlah. Mesti abang sepupu aku ni mengorat junior ni! Hahaha. Mereka study dekat IPG Kampus Keningau, Sabah. Tapi, abang sepupu Lyeen dah graduate dan dah mengajar pun dekat Sarawak. Untunglah dah officially jadi cikgu. Tunang dia pula lebih mesra dengan panggilan Kak Yuyui dah semester akhir tahun depan. Apapun semoga hubungan mereka kekal hingga hujung nyawa. Suka tengok. Tetiba ada rasa nak bertunang juga. Eh? Hahahaha
Tunang abang sepupu saya. Kak Yuyui, sangat anggun dengan busana Kurung Moden berwarna Peach dan  Shawl Glitters warna grey. Tambah pulak dengan pelamin yang dihias indah, ala-ala inggeris garden dengan bunga-bunga blossom warna cream dan deep purple. Rasa macam aku nak duduk lama-lama dekat situ, tapi terpaksa cover sebab mak aku, nenek aku dan semua family ada dekat situ. Nanti nampak sangat yang aku nak ambik berkat! Hahahha. Actually, Lyeen tak ikut serta sebab awalnya Lyeen duk rumah je tapi mak sedara call suruh ikut juga sebab nak angkat dulang. So, cepat-cepat siap dan terjun masuk dalam kereta Abah. Abah dah hon-hon sepuluh kali dekat bawah! Pakai lip balm pun dalam kereta. Hahahhaahhaa. Rumah yang kami nak pergi dekat Kunak, jauh antara Tawau dengan Kunak ni kira-kira sejam lebih jugalah. 

Dari pihak lelaki ada tiga dulang, cokelet cadbury yang rasa nak bawa balik, telekung, sejadah dan cincin. Dari pihak perempuan ada baju, cupcakes, dua lagi tu tak berapa nampak sebab bukan aku yang angkat! Hahahaha. Rombongan kami balik sekitar pukul 2 petang selepas sesi berbalas-balas pantun dah selesai. Memang majlis bertunang tak boleh lari dari pantun. So, mohon bakal tunang aku nanti champion berpantun! Eh? Boleh ke macam tu? Ala, pantun kan dah jadi budaya Melayu, nak tak nak kena belajar juga! Bagi pantun sikit dekat pasangan yang nak bertunang ni,

Kalau Tuan mengasah parang,
Siapkan dulu batu asahnya,
Kalau Tuan ingin meminang,
Siapkan dulu pantun-pantunnya.

 Ok, cuti ni ramai yang bertunang, bernikah kan? Sweetnya, Alhamdullilah Allah mudahkan jalan mereka. Kalau Lyeen lama lagi. Tapi, kalau Lyeen nanti nak bagi tema pink-pink dan semestinya tetamu aku bagi cupcakes cokelet banyak-banyak! U olls pula macamana? 
Gambar ni buat aku rasa nak menangis bila tengok balik. Muka aku tak secerah ini, ini semua faktor pencahayaan tapi selfie juga. Kalau aku balik Tawau muka aku jadi macam berotot-otot, rasa macam nak lari menyorok bawah pokok jambu kejap. Ok, apapun bagi yang dah selamat menuju hari-hari bahagia, tahniah and save the date! Doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan dan lancarkan semua, jangan lupa selit nama Lyeen dalam doa kalian. Ok bai.

Assalamualaikum.

12 000 Makan Cupcakes!:

Eintan Nurfuzie berkata...

simple but cute

Maria Firdz berkata...

wah... pink2 gtu.. hehe... mst cik lyeen ni mnja orgnya daa lmbut gtu...

@noralurv berkata...

waahh-2 , smoga cpat b'temu mr. right nya yeaaa ;) hehe .

Unknown berkata...

awak.. still comel <3 lepas ni giliran lyeen ngorat junior pulak. ehh :p

Nick Nashram berkata...

lyeen bila nak tukar status officially taken..hehe.skng ne tgk rmai bdak2 ipg yg last sem dah ikat da.

Inani Hazwani berkata...

mana tau lps ni cik lyeen pulak nysul :)

Eimma berkata...

lyeen dak IPG gak eh? Sem bape? hehhe..

Azhafizah MN berkata...

tahniah untuk mereka..sweet je tunang abg sepupu awak tu :)

Jemput singgah ke blog
Blog Azhafizah.com

Mimie berkata...

tahniah utk abg sepupu leen..sweet je diorangkan

Unknown berkata...

cantik tudung n bj lyeen
tahniah buat cousin lyeen yg bertunang tu

ejulz berkata...

20.12.2013

sHaRiNa eLyaNa berkata...

amboi, siap pantun juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...