Isnin, 14 Oktober 2013

La Tahzan Rabbuna Maana

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam  ke atas Rasullulah SAW dan para sahabat.

Hai awak-awak semua, esok insyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak sangka dah sampai waktu kan? Pejam celik. Pejam celik. Pejam celik dah sampai raya. Tiba-tiba sebak sebab tak dapat balik Sabah nak sambut raya dengan mak dan abah. Kiranya dah tiga tahun tak sambut raya korban dengan family di Sabah. Tak apalah, yang penting raya aidilfitri sempat beraya dengan family. Syukur!

La tahzan rabbuna maana. Jangan sedih Allah bersama kita. Yakin saja kalau sekarang kita tengah sedih, sebenarnya ramai lagi orang tengah bersedih dan wajar untuk kita mensyukuri hari ini sebab Allah dah beri kita kenikmatan hidup dalam bentuk keamanan dan kedamaian dalam setiap udara yang kita peroleh hari ini. Syukur!
Semoga esok takmau ada yang sedih-sedih. HAHA. Entah-entah aku yang buka tirai nangis-nangis esok dan semoga abang aku bagi duit raya lebih banyak tahun ni. Aamin! Esok, katanya nak prgi solat raya lepastu bertolak ke Bentong pergi rumah mertua abang Lyeen. Beraya kat sana. Makan-makan. Balik untuk apcking barang Lyeen sebab lusa nak balik KL. Itupun kira aku dah memonteng kuliah sehari. Nasiblah badan...

Apapun, semoga raya awak-awak semua meriah dan hayatilah raya kali ini dan semoga hidup kita lebih banyak melakukan ibadah dan pengorbanan demi kepentingan diri dan umat islam. InsyaAllah, ingatlah bahawa hidup kita di atas muka bumi ini sebagai satu jihad. Hanya kerana Allah. Semua yang kita lakukan mulakan dengan niat kerana Allah, insyaAllah, Dia akan permudahkan yang sukar.

Astaghfirullah rabbal baraya..
Astaghfirullah minal khothoya..
Rabbi zidni ilman nafi'a..
Wawaffiqli amalan maqbula..
Wa habli rizqan wa-si'a..
Watub alaiya taubatan nasuha..

Semoga Allah mendengar rintihan dan memperkenankan setiap doa kita. Amin. Dikesempatan ini juga Lyeen memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua atas salah dan silap Lyeen sepanjang mengenali awak-awak semua dan semoga ukhwah di alam maya yang terjalin antara kita tidak akan lupus sekalipun talian internet tidak ada. HAHA. Sesungguhnya kita adalah saudara. Sayang awak-awak semua kerana Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha.

4 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

bila lyeen cakap pasal mak ayah ni, sedih terus AA, jatuh air mata ni huhuhuhuw..!!!!
sebab baba n mama AA sekarang berada di arafah menunaikan haji.. moga mereka semua pulang dengan haji mabrur serta selamat dan sihat wal-afiat disana amin.. :)

Vee berkata...

Kak Lyeen.. Lamanya dia menghilang.. Rindu <3 Slm Aidiladha, Lyeen ^^, Yes, la tahzan :)

Maria Firdz berkata...

لا تحذن، إن الله معنا. ..

Nadia Johari berkata...

Sabar jela lyeen erk..lyeen dtg sini nak study..nak senangkan mak ayah..nasib baik ade abang lyeen..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...