Khamis, 29 Ogos 2013

Sendiri

Sendiri

Bukan hati tak rindu.
Tapi bukan pada tempatnya.
Kerana tempatnya jauh dari pasaknya.
Ibarat pungguk rindukan bulan.
Bila akan tiba masanya?

Tak perlu diungkap.
Tak perlu dilafaz.
Kerana saya tahu maksud setiap lakumu.
Jujur, saya tahu!

Andai saya merpati putih yang patah sayapnya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bertatih.
Andai saya kenari desa yang hilang merdu kicaunya.
Biarkan saya sendiri.
Kerana saya percaya saya boleh bersiul.

Mata saya melihat.
Telinga saya mendengar.
Wajah saya tersenyum
Tapi hati saya semakin rapuh.
Kerana saya tahu saya tidak utuh.


6 ulasan:

Assalamualaikum awak..
Terima kasih sudi baca entry terbaru Lyeen. Silalah tinggalkan jejak, Lyeen boleh berkunjung ke blog awak semula.