Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarkatuh & Salam Cupcakes Milo

Alhamdullilah, hari ni terupdate blog even sibuk sangat. Bilalah masa aku tak sibuk kan? Boooooo! Pejam celik. Pejam celik dah masuk bulan Ramadhan tak lama lagi kan? Betapa pantasnya masa berlalu. Rasanya baru semalam jer sambut Tahun Baru. Jujurnya, sedihlah sangat bila orang lain dapat balik ke rumah puasa sama-sama dengan family. Lyeen? Sahur dna buka puasa kat asrama. Ya Allah, sedih sangat. Kalau di Tawau, Sabah sahur mesti masak sekali dengan Mak. Macam tu juga bila nak buka puasa. Petang-petang akan jalan dengan adik-adik pergi bazaar ramadhan. Ya Allah. tabahkan hati aku yang jauh dari keluarga..
Tapi, Lyeen percaya Lyeen ada classmates yang juga keluarga Lyeen. Sebelum tu, jum wish HAPPY BIRTHDAY untuk Hafiz. Selamat Hari Tua Hafiz, semoga jadi anak yang baik, pemimpin yang beriman dan sahabat yang setia. Berehhh booooh! Semoga kita semua akan sentiasa gembira. Takmau gaduh-gaduh lagi aihh! Walaupun, Lyeen selalu jadi mangsa buli budak-budak tak matang ni!

Lyeen juga ada family silat kat sini yang sentiasa happy dan meriah. Even jumpa dua kali seminggu tapi sangat happy. Macamnilah kehidupan perantau dan musafir macam Lyeen kan. Sedihnya...Bilalah dapat balik Tawau? Nak balik!!! Untuk semua readers blog Lyeen, Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan sama-sama kita mencari keredhaan dariNya. InsyaAllah.

Ok bai. Assalamulaikum.

15 ulasan:

  1. Selamat berpuase lyeen! :3 Tak sabar rasanya nak berpuase

    BalasPadam
  2. Oh lyeen duk Sabah ke, jauh tu nak balik, takpe nanti time raya baru rasa excited giler nak balik, Teena pun pernah alami cmni juga...

    BalasPadam
  3. selamat menyambut ramdhan lyeen =) jangan ponteng puasa. hihihi

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut ramadhan ;)

    BalasPadam
  5. siannya xdpt berpuasa dgn family ya...
    sy dh habis study, kdg2 dah rasa rindu pula nk berpuasa kat u dgn kwn2, hehe

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa rakan blogger.

    http://greenamila.blogspot.com

    BalasPadam
  7. DAH PUASA DAH..HEHEHE...SABAR LYEEN..NANTI RAYA PASTI DAPAT BALIK..

    BalasPadam
  8. Selamat menjalani ibadah puasa Lyeen! Semog tabah berpuasa sebagai perantau.. Akak dulu pun macam Lyeen jugak.. Belajar kat Sabah, bila tiba time puasa rasa sayu jer tak dpt berpuasa dgn keluarga.. Eh, Lyeen silat ea? Silat apa ekk? Ntah2 seguru kita ni.. =)

    BalasPadam
  9. Salam Ramadhan :)

    hee, tahun ni saya dapat puasa penuh kat rumah, hehe best sgt =D

    BalasPadam
  10. Salam Ramadhan,
    Nanti bila dah lewati zaman study, kita akan rindu zaman2 berbuka puasa bersama kawan2. Sentiasa rindu saat itu.

    teori-punca-masalah-jerawat

    BalasPadam

Assalamualaikum awak..
Terima kasih sudi baca entry terbaru Lyeen. Silalah tinggalkan jejak, Lyeen boleh berkunjung ke blog awak semula.