Isnin, 15 April 2013

Aku Mencari Diantaramu.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Orange.

Alhamdullilah boleh update blog dalam kelas. Kau jangan ikut perangai macam ni. Tak sedar diri dah sakit-sakit pun masih buat jahat yakni update blog dalam kelas. Tapi, lecturer takdak u olls. So, tak salah kan?
Tadi, asyik blogwalking terjumpa satu link juga link blog mantan classmate Lyeen kat sekolah menengah dulu. Kalau tak silap form 2 or form 3. Then, terbaca satu sajak yang sangat puitis. Masya-Allah.
Seakan mengetuk pintu hati untuk mendalami sajak itu.


" Aku mencari di antaramu
yang mengenakan hijab kerana Allah
dan bukan kerana Hamba

lalu aku dipertemukan dengannya,
dia cantik seperti ' Haura '
yang selalu memandang Rabbnya

Nafasnya harum wangi bunga,
kelembutannya seiring dengan solehah

lalu aku bahagia bersamanya,
ditemani dengan zahratul (sinar) keindahan ukhuwwah

namun tika saat gelap menutupi jalan,
dia rebah di pertengahan,

yang bisa ku bayang adalah indahnya husnudzon,
agar semua itu tidak meragukan hati yang kelam .

ketika kemarau menghampiri,
semua kesakitan aku sembunyi, 

dikeheningan malam ku menghadap ilahi,
bermunajat agar ditetapkan hati.

pada mutiara- mutiara yg suci,
mengapa diberi pada yang bukan hakiki?
namun dia tidak peduli..

kesedihan ku menyelubungi,
silap dalam memilih bidadari

saat akhirnya aku berdiam diri,
lalu aku pergi...
pergi dan pergi dari hatimu..


Apapun makna disebalik coretan dan nukilan sajak ini. Hanya penulis yang mengerti. dan Lyeen sebagai pembaca yang punya maksud tersirat tersendiri. Jum singgah blog beliau kat SINI.

NOTA PINK: Dulu Lyeen selalu buat sajak sebab otak aku dulu kreatif tak kira masa. Tapi, sekarang Lyeen lagi selalu update blog. Even aku rasa tak kreatif tapi pencernaan idea itu perlu untuk seorang blogger..:)

Ok bai. Assalamualaikum.

8 ulasan:

  1. sungguh puitis sekali sajak ni.. memang sangat bermakna..

    BalasPadam
  2. pandainya bersajak.. =)

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. best,. hee terkesan dalam hati lissa., hee >.<

    BalasPadam
  4. thanks bgtau psal beLog review tue.. xpwsan plak.. hohoho!! ^^

    BalasPadam

Assalamualaikum awak..
Terima kasih sudi baca entry terbaru Lyeen. Silalah tinggalkan jejak, Lyeen boleh berkunjung ke blog awak semula.