Ahad, 3 Februari 2013

Bangunan Sogo Bergegar.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Cip Coklat.

Alhamdullilah, hari ni menaip lagi. Entry yang lepas-lepas Lyeen ada bagitahu yang kami sekelas pergi menghabiskan masa terluang disamping menyakitkan anak tekak kat Sogo. First, benda ni tak dirancang pun. Alih-alih jadi pulak. Tak ramai yang join. Kami sekelas ada 19 orang tapi tak semua pun yang join. Kot diorang ada aktiviti lain. Dating lew tew! HAHA.


Ni antara kami yang pergi. Kak Ain, Jaell, Floe, Mimi, Suri, Aida, Izzat dan Akmal. Diorang memang cool. Tak habis-habis memekik sepanjang perjalanan. Actually nak test suara. Test vokal. 


Lyeen sebenarnya time ni tak makan lagi. Puas pujuk dorang makan dulu sebelum gerak. Tapi, semua buat dunno jer bila aku cakap. Mencik! Mencik! So, Lyeen diam-diam jer lah. Sampai Masjid Jamek terus lari pecut pergi McD beli burger seketul untuk alas perut yang dah tak beralas. Best jalan sambil lari-lari kat MJ tu. Tahu jer la kat sana kan sesak. So, Lyeen suka guna 'power of hand' untuk sesuka hati aku menahan kereta-kereta yang lalu untuk bagi Lyeen laluan. HAHA. Takpalah, mereka duk dalam kereta. Ada aircond. Aku? Matahari tegak atas kepala. ..;p


Akhirnya, sampai Sogo. Lari masuk dalam lif. Tekan nombor 8. Sampai! Yeah. Masuk bukan main besar bilik yang dia bagi kat kami. Enjoy sakanlah dalam bilik tu siap boleh guling-guling. First tu, Lyeen malu-malu lagi kan nak menyumbangkan kelantangan vokal aku.Ahaks! Dah sampai separuh masa pertama aku rasa macam tak nak bagi mikrofon tu dengan sapa-sapa.HAHA. Kau tahulah bila semua perempuan dah berkumpul. Bergegar jer tidak bangunan Sogo tu kami kerjakan. Paling tak boleh blah bila semua nak pegang mikrofon. Lepastu naik atas kerusi sebab tak cukup tinggi. Yang naik kerusi part Aida dengan Cici jer. Yang lain tak. Serius, yang lain duk diam atas kerusi.


Enjoy dengan classmates. Terutamanya dengan wanita perkasa ini. Lyeen bagitahu mak yang Lyeen keluar

 "Mak, kami mau pigi menyanyi ni dengan kawan sekelas."
"Eh, janganlah pergi tempat macam tu. Ndak bagus tu. Nanti ada polis ka datang sana. Ndak bagus lelaki dengan perempuan bercampur nak. Tak payahlah pigi"
"Haha, Mak mana ada lelaki. Lelaki tempat lain. Kami menyanyi bilik asing-asing. Kami perempuan semua mak. Jangan risau."
"Ya ka? Kalau begitu baguslah. Jangan kau buat benda ndak bagus ya nak. Malu kita"
"Iya bah mak. Jangan risau, nanti balik kami kasitahu. Bye mak"
"Ingat, jangan bercampur dengan lelaki. Ndak bagus."
"Iya mak.."

See? Betapa mak aku memang takut. Memang tiap masa dia SMS Lyeen time tu. Yerlah, mak mana tak risau kan. Lagi-lagi duk bandar KL. HAHA. I love u, Mak!


Lyeen balik awal dari yang lain-lain. Lyeen balik dengan Kak Ain dan singgah kat KL Sentral beli Chicken Chop! Yeahh. Sampai bilik terus makan sampai kenyang dan tidur. Indahnya duniaku. Apapun, itulah hebatnya berkawan. Susah dan senang kita perlu bersama. Lyeen tak dapat bayangkan bila dah habis study nanti macamanalah agaknya? Tak dapat nak outing macam ni dah. Lagi-lagi kalau dah ada yang kahwin nanti. Komitmen mesti kat suami/isteri. Untunglah.... Mak, nak kawen! HAHA.

NOTA PINK:  Kalau nak hidup kita bahagia. Kita kena ramai kawan. Kawan kita biar beribu-ribu-ribu. Kerana kawanlah yang sentiasa buat kita tersenyum. Kita akan rasa enjoyyyy! Walaupun, kerja pensyarah tak siap lagi. So, lepas taip entry ni Lyeen kena siapkan power point dalam 120 slide. Siapa nak tolong sila inbox Lyeen pleaseeee..:)

 Ok bai. Assalamualaikum.

22 ulasan:

  1. dgr ckp mak tu pnting, hehehe...

    p/s: meh nak tlg, hahaha

    BalasPadam
  2. wahh syoknyaaa lyeen... ena kalau nak beli beg je pergi ke sogo.. selalu lepak kat Mid dengan Sunway je.. huuuu

    BalasPadam
  3. Untung dapat jalan2x ngan member..member aku semua jauh2x nun di sana.hahaha

    BalasPadam
  4. ayu nye lyeen..pakai skirt lagi! lesung pipit tu menawan kalbu..leh x saya nk ambik anak lesung buat sambal..hehehe

    BalasPadam
  5. baiknya mak Lyeen..hehehe..klau imantizz nak keluar,mak selalu pesan 'drive' elok2,jgn drift...hehehe

    BalasPadam
  6. wah lama tak heboxxx bersama geng2 wan.. rindu gila lah :)

    BalasPadam
  7. eh macam kenal lah cik lyeen ni
    macam pernah nampak beli chicken chop dkt kl sentral , muahahaha *tetibe

    p/s Akma punya college dkt level 4 kl sentral

    BalasPadam
  8. dah lama x pgi sogo...tp kalo pgi pon x beli pa pe...heheh

    BalasPadam
  9. bestnyaa dapat karok., hehe >.<

    BalasPadam
  10. Dah lama tak gi melalak kat redbox Sogo.. Sekali jer kot gi sana.. Mahal ya ampun.. Terus buat member card.. Last2 haram tak pegi2 dah pastu.. Hampeh.. Haha!

    BalasPadam
  11. wow.. anak yang baik. heeeee :-)
    all da best k.

    BalasPadam
  12. hehee. wow. dye karaok la. hehe ;) best relase tension tu ;)

    BalasPadam
  13. mmg syok jenjaln ngn mmber2 kels..wee

    BalasPadam
  14. mmg syok jenjaln ngn mmber2 kels..wee

    BalasPadam
  15. untgla pergi sogo... hilngkan tension coz kerja belambak2 syoik jga

    BalasPadam
  16. Lyeen IPGM KL mna yek??

    http://fakhruru.blogspot.com

    BalasPadam
  17. wah ! bukan main lagi dia :)

    www.cikfie.com

    BalasPadam
  18. pergi sogo best.. lagi2ler ngan kawan2 seronoknyer.. memang sementara solo2ni seronok ...
    cantik pakai skirt gitu...

    BalasPadam

Assalamualaikum awak..
Terima kasih sudi baca entry terbaru Lyeen. Silalah tinggalkan jejak, Lyeen boleh berkunjung ke blog awak semula.