Selasa, 15 Januari 2013

Teman Pengganti

Assalamualaikum Warhamatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Aiskrim Coklat.

Alhamdullilah, skip sehari update blog rasa macam tak senang. Hidup kalau dah biasa tekan-tekan keyboard even selalu typo pun. Tetap akan berusaha cari masa untuk update blog. Lyeen rasa ada ayat bajet rajin kat situ. HAHA. Kalau dalam entry yang lepas, Lyeen forever alone and alone. Hari ni dah cari teman pengganti supaya hidup tak  forever alone lagi. Takmau jadi forever alone tu. Takmau.Takmau.

Ok, hari ni kuliah Lyeen habis awal sebab pensyarah untuk subjek Pemulihan & Pengajaran Bahasa Melayu takda kat IPG. So, lecturer bagi tugasan jer untuk buat RPH dan send melalui e-mel. Kelas tamat tadi pukul 10.00 pagi. Bahagianya.


Disebabkan itu, Cici ajak keluar sebab kad Maybank dia hilang. So, kena ganti baru. Part ni, aku tak suka sebab kena tunggu lama dalam Maybank kat Mid Valley sampai tertidur-tidur atas sofa. Mid lagi? Pak guard kat Mid dah cam muka aku! Tujuan Lyeen nak pergi Mid Valley  sebab nak beli kasut kat kedai kasut Bata. Memang betul beli kasut baru. tapi, kasut baru dah tercabut tumit! Melayang duit RM 48.99 kat Tawau hari tu sebab beli kasut tu! So, beli kasut baru tadi. Standardlah kalau kat Bata. Harga kasut RM 60.00. Semoga kasut tu boleh guna sampai semester 8. HAHA.


Sempoi jer dengan dorang ni. Cici, Suri, Aida dan Floe. Aida nampak kepala jer sebab dia paling kecik. Floe beli kasut sukan. Aida dan Suri beli kasut untuk Pandu Puteri Kadet. Cici tak terurus tadi. Sebab dia stress kad Maybank dia hilang. Mohon tabah geng! Suka masuk kedai Bata ni sebab banyak kerusi empuk diorang sedia. Siap boleh lompat-lompat atas tu sambil try kasut baru. Kalau tak malu. Ok.


Ayat Suri yang Lyeen dah hafal setiap kali nak ambik gambar. "Lyeen, dulu aku tak suka ambik gambar ni. Tapi, kalau dengan kau, aku macam suka.."..Sebab kalau ambik gambar dengan aku automatik muka kau jadi comel. The baby face gitu. Yah! See. Budak ni dah suka bergambar kan? HAHA. Bengang tunggu yang lain pilih kasut. Kami aplikasikan cermin yang Bata letak kat kedai dia untuk ambik gambar banyak-banyak. Bahagia jer pakai baju kurung jalan-jalan. Rasa macam sopan-santunnya diri aku. Ahaks! Lepas ni nak pakai baju kurung je lah. Sejuk hati bakal suami aku tengok. Mak mentua pun bangga. Eh?


Chocolate Indulgence. Untuk dapatkan kek ni bukan senang ok. Lyeen terpaksa pujuk kawan-kawna lain yang dah nak pulang tu untuk patah balik ke Secret Recipe untuk beli kek ni sepotong. Kalau masuk SR ni selalu beli Choclate Strawberry Cake dengan Chocolate Fudge Cake je. Tapi beli yang sepotong je. Nak beli banyak-banyak, boleh  muflis. Sepotong RM 7.95 include tax. HAHA. Lama dah nak makan. Suruh orang tu beli. Sampai merajuk tak sudah pun asyik lupa. So, beli sendiri. Melantak sendiri. Baru cool! Apapun, Lyeen nak buat kesimpulan ada bestnya jalan sorang-sorang. tapi, sebenanrnya super best jalan ramai-ramai. Lagi-lagi bila geng sekepala. Rasa macam Mid Valley aku yang punya. HAHA.


Gambar ni Suri kata macma ambil kat studio. Lyeen yang ambik gambar ni. Rasa teruja kejap. Bila tengok. "Eh, yerla! Wah.." Tak sangka Lyeen ada bakat terpendam. Kalau blogger Boni Kacak ada bakat berlakon. Lyeen ada bakat ambik gambar. Hoyeh! Sebenarnya, Lyeen dan Suri ada sejenis kecacatan yang sama. Lesung Pipit yang selalu buat kami rasa terasing. HAHA. Tapi, kalau u olls tengok lesung pipit dak Suri ni. Adalah dalam 20 inci dalam dia. HAHA. Kawan Lyeen yang suka Suri pun ada lesung pipit. Samalah diorang. Sweet. 

NOTA PINK:  ♥ Kita tersenyum saat rakan sentiasa ada bersama kita. Kita tertawa saat rakan disamping kita. Itulah hebatnya kita ada rakan. Manusia memilih untuk berkawan kerana adanya sifat kasih dan sayang sesama manusia. Mendoakan yang terbaik untuk dia dan berharap agar rakannya bersama-samanya meniti titian menuju ke syurga...♥ Kesimpulannya, takmau forever alone lagi okay! Cari Teman Pengganti (pinjam lagu Black kejap!) untuk buat u olls rasa "BAHAGIA".

Ok bai. Assalamualaikum.

26 000 Makan Cupcakes!:

✿INA AINAA✿ berkata...

bila nak hangout cenggini lyeen?? teringin ooo... huuuuuuuuuu

hazanis berkata...

kita pun teringin jugak woo.:P

Unknown berkata...

@✿A I N A A✿ bila ena free? Lyeen ok je..hehe..boleh round Mid lagi..haha

Unknown berkata...

@Cinta hazanis jum dtg KL mek cah..:D kita round skli dgn ena..:D

Unknown berkata...

wahhh boleh ikot nih.. teringin nak hangout gini.. terasa bangga pulak hangout dengan blogger femes nt :)

p/s : sibuk je nak mencelah.. hahaha

Unknown berkata...

@Irwan Alessa hhaha...mohon abg wan support semua ..hahaa...kan abg wna..best je dpt keluar dgn ena, mek cah..dorg blogger femes tegar..:D

nadia farahida berkata...

besttnyaaaaa, nadia nak join jugakk la bolehhh? :)

nadia farahida berkata...

ehh lupa nak follow lyeen. alang2 nadia follow teruss. :))

Unknown berkata...

@nadia alalaa...:) boleh2..kita kena buat majlis ni kat mid..ahhha:) wah thnanks ok..:D

Nadia Johari berkata...

jumpe kat mid...leh nad join sekali..hehee...nk gak knl ngn blogger kiut2 ni..=)

emy|farid berkata...

bhgianya hidup bsama geng!
dah lama tinggalkan zmn tuuuu

Unknown berkata...

@Nadia Johari HAHA..boleh2..jum..boleh kenal dgn nadia..blogger cun..:D

Unknown berkata...

@emy|farid tu la psl..kita kaan rindu saat ni..:D

MalizaMah berkata...

Pesan dgn kwn, kad maybank hilangkan. Suruh dia hati2 tau.

MalizaMah berkata...

Sbbnya, akak ada dgr radio, ada org kad dah hilang n dh buat kad baru. Tup2 1 hari duit dlm bank dh berkurang. Mcm kes lisa surihaini.

Unknown berkata...

@Leeza dayasari [santai leeza] tu la psl akk..memang betul..duit dia hilang..bila pihak bank cek..ada org keluarkan duit dia.,peliklah skrg..kena lebih hati2.

aisyah humaira' berkata...

lesung pipit menawan tu :)

Unknown berkata...

salam lyeen :)

manis senyuman berlesung pipit..menawan sekali...

Yuyu Johanna berkata...

Oh my!!!

Bila Kak Yuyu tengok kek tu, wah...Kak Yuyu teringin nak makan kek Secret Recipe tengahari ni... T_T

Unknown berkata...

hahahaha.. saya pun terselit dalam ini entri?ehehe..patutlah dari tadi terbatuk2 sampai tersembur taik hidung dari mulut..hahaha

saya cair dengan lesung pipit awak tu.pinjam dua tahun lah..hahahaha

Unknown berkata...

lama tak lepak2 ngan kawan2

FarhanahAdzlan berkata...

wahh boleh jadi geng ni lepak kat mid valley hehe :)
Dah lama tak hangout mcam sis sebab asyik ternak lemak jee kat rumah hahaha

Hanif Redland berkata...

Nak join round2 skli jgk lyeen..hehehe..lama jgk dh xsinggh kat mid ni..

Kekzamanis berkata...

Dah lama tak masuk kedai BATA.. Kasut2 BATA ni best, comfit.. Cuma kekadang design dia ketuaan sikit.. Huhu..

My feveret SR kek plak Banana Choc.. Hehehe.. Baru lepas makan tadi.. =)

cik lisa berkata...

hamboih mid valley lagi ye cik lyeen, kihkih.. seronok sungguh berjalan . p/s : kasut bata sekarang semakin hari semakin tua designnya -,-

Unknown berkata...

jarang masuk kedai bata..tak berapa minat dgn designny..

sedap la tengok kek tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...