Jumaat, 28 Disember 2012

Jadual Baru!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Blueberry.

Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Jumaat hari ini bukanlah Jumaat terakhir untuk kita melakukan amal kebaikan. InsyaAllah. Hari ni Lyeen masih menghitung hari nak balik KL. Barang-barang tengah prepare, listkan dulu barang nak bawa balik. HAHA. Whatever sungguh! Macamlah barang banyak sangat.

Hari ni, Lyeen buka laman rasmi IPG Kampus Bahasa Melayu untuk tengok kotlah result dah keluar. Tapi, sekali lagi aku kecewa bila result belum nak keluar-keluar! Yang dah keluar jadual kuliah semester depan. Dengan perasaan berkobar-kobar Lyeen download jadual kan?Ada sedih. Ada gembira. Lumrah, bila naik semester baru maka akan jumpa lecturer baru. Sama ada u olls suka atau tidak. Kau hadaplah!HAHA. 


Betapa banyaknya benda yang Lyeen kena study. Yeah!HAHA. Subjek paling aku sayang semester depan P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Yeah! Dengan speed laptop aku yang macam siput kena radiasi ni. Aku pun tak tahulah!Siaplah aku sem depan! Mohon jangan buat order cupcakes banyak-banyak time tu.HAHA. Untuk kesekian kalinya juga, entry Lyeen sem depan akan lebih puitis kaw-kaw lah! HAHA. Sem depan kan belajar kritikan sastera. Sure, Lyeen jadi pengkritik berbayar!Ahaks!

Keterujaan Lyeen untuk study semakin berkembang bila nampak BINA INSAN GURU FASA 3 tu! 10 jam u ollssssss! Aku mohon kekuatan. Semoga hari-hari mendatangku menjadi hari yang paling cool dan sweet. Lyeen yakin dan percaya semester depan Lyeen akan update blog sekali seminggu. Kan?Kan?Kan? Sedih...!


Ntah apa motif aku letak jadual kat sini.HAHA. Teruja bila kelas habis awal. Boleh tidur-tidur!Yes! Tapi, bila tahap satu subjek tu sampai 3 jam, Lyeen pun tak sure akan fokus ke tidak..Eh?HAHA. Insyaallah fokus. Orang yang cool sentiasa fokus! Beriya sungguh aku buat statement. tengok jer nanti bila start kuliah Lyeen. Macamna agaknya habitat kau berkembang?HAHA. Hey kawan-kawan!Rindu kamu..Sob..sob..sob..

NOTA PINK : Rindu nak study balik. Tapi, bila dah start study macam-macam penyakit yang datang. kenapa macam tu? Sebab tak cukup cool!HAHA. Pulun cuti dulu habis-habisan okay!

Ok bai. Assalamualaikum.

17 ulasan:

  1. wahh ,, dahsyatnya , jadual : download .

    XD

    maklumlah , Kay baru nak masuk form 4 . :P

    BalasPadam
  2. wah jadual dia..eh mana subjek blog? :p HAHA

    BalasPadam
  3. Selamat kembali menuntut ilmu cik lyeen...gud luck 4 next semester..

    BalasPadam
  4. Amboih bersemangat! kihkih . Goodluck , selamat jaja eh berjaya . Hehe , ala tak boleh makan cupcake selalu lah cegeni,huahua

    BalasPadam
  5. sweetnya cupcake dya.. oder boleh :) selamat menempuh sem baharu :P

    BalasPadam
  6. thanks u olls...insyaallah, smoga kita semua sukses..Ahaks!

    BalasPadam
  7. hubungan etnik mudah je..huhu
    dulu untuk hubungan etnik saya kena buat kajian kat luar.
    gud luck for BIG..
    bwk losyen bnyk2..nati jdi gelap..huhu

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Jom kita sama-II join segmen nih ..SIMPLE jer~
    http://izzaty-abdullah.blogspot.com/2012/12/segmen-pantas.html

    BalasPadam
  9. Chayokkk cikgu lyeen!! mesti boleh.. hehehhe

    BalasPadam
  10. wah..good luck.. IP BM ker?
    mesti kenal ngan paizal sanek ngan taufiq yg org panggil TOPEK tu kan? hhaahaha..geng2 debat tu...
    btw good luck yer utk SEM 3..oh yer, yg paling penting BMM yang teknologi dalam BM tu TAKDER EXAM!!!!! 100% projek...Best sgt..huhu :)

    BalasPadam
  11. nick: insyaallah semoga senanglah hendaknya..ahahaha..:)

    aina : insyaallah yanggggg..:D

    cikgu fikri: kenal sgt2..hhha..yeah!alhamdulillah!

    BalasPadam

Assalamualaikum awak..
Terima kasih sudi baca entry terbaru Lyeen. Silalah tinggalkan jejak, Lyeen boleh berkunjung ke blog awak semula.